CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 390|Reply: 0

[Sabah] KePKAS Sambut Baik Cadangan Buka Semula Sempadan Negara

[Copy link]
Post time 26-1-2022 11:28 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 26-1-2022 03:33 PM


KOTA KINABALU : Kementeran Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS) menyambut baik cadangan Kerajaan Persekutuan untuk membuka semula sempadan negara kepada pelancong asing yang ingin memasuki negara ini.

Menterinya Datuk Jafry Ariffin berkata, cadangan itu termasuklah melonggarkan prosedur standard operasi (SOP) kepada pelancong asing yang dilihat berupaya merancakkan kembali industri pelancongan di negara ini.

“Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah menyatakan bahawa Kerajaan Persekutuan tidak menolak kemungkinan akan membuka semula sempadan negara dan melonggarkan SOP terhadap pelancong asing yang ingin memasuki negara ini.

“Saya yakin langkah itu dibuat adalah bagi memastikan kelangsungan semua pihak yang berada dalam rantaian ekonomi berkaitan dengan sektor pelancongan termasuk penginapan, pengangkutan, serta agensi pelancongan,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Jafry berkata, beliau turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri yang begitu memahami keperitan yang dihadapi khususnya oleh industri pelancongan di negeri ini.

Katanya, sebagai permulaan, beliau mencadangkan agar kaedah Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) yang kini dibenarkan diantara Malaysia dan Singapura atau melalui gelembung perjalanan (Travel Bubble) dilaksanakan di Sabah.

“Kementerian saya juga akan memastikan pelaksanaan ini dibuat berdasarkan beberapa aspek utama, iaitu kesihatan dan keselamatan rakyat, ekonomi rakyat dan kelangsungan perniagaan, serta kesejahteraan rakyat.

“Segala input yang diperolehi akan diperincikan dengan sebaiknya dengan mengambil kira pandangan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya.

Beliau berkata, perkara itu dilihat perlu bagi mengelakkan berlakunya kluster baharu yang boleh menyebabkan penutupan semula aktiviti pelancongan sekaligus menjejaskan keseluruhan rantaian yang terlibat.

Tambah beliau, pembukaan sektor ekonomi secara berperingkat adalah amat penting bagi memastikan sektor pelancongan kembali bernafas serta berpeluang untuk menjalankan semula aktiviti perniagaan mereka yang telah terjejas sejak sekian lama akibat pandemik.

sabahmedia.com/2022/01/26
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 02:03 PM GMT+8 , Processed in 0.312487 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list