KUCHING: Mesyuarat Pertama bagi Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 akan diadakan tiga hari pada Februari depan.
Setiausaha DUN Pele Peter Tinggom menerusi notis persidangan yang dituju kepada Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berkata, ia selaras dengan peruntukan Peraturan Mesyuarat 6 (1).
"Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Pertama bagi Penggal Pertama DUN Ke-19 akan diadakan di Dewan Mesyuarat DUN mulai 14 Februari hingga 16 Februari 2022 pada jam 9 pagi setiap persidangan," katanya.
Selain itu ujarnya selaras dengan kehendak Peraturan Mesyuarat 3, Peraturan-Peraturan Mesyuarat DUN Sarawak turut diadakan pada 14 Februari adalah upacara agkat sumpah ahli DUN.
"Sukacita dimaklumkan bahawa Upacara Angkat Sumpah bagi Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri akan diadakan pada 14 Febaruari jam 9 pagi di DUN," katanya. Notis yang bertarikh hari ini (14 Januari 2022) itu diagihkan kepada semua ahli DUN Sarawak.
utusanborneo.com.my/2022/01/14
|