CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 376|Reply: 0

[Sarawak] Hujan berterusan di 9 bahagian Sarawak hingga esok

[Copy link]
Post time 12-1-2022 10:17 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 12-1-2022 02:18 PM



KUCHING: Penduduk di sembilan bahagian di Sarawak perlu berjaga-jaga dan bersedia bagi menghadapi kemungkinan banjir akibat hujan berterusan sejak semalam.


Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi laman sesawang hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk atau kategori jingga bagi sembilan kawasan itu hingga esok.

Kawasan terbabit ialah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu dan Kanowit), Mukah (Tanjung Manis dan Daro), dan Kapit (Kapit dan Song).

Mengikut sistem amaran MetMalaysia, cuaca tahap buruk atau kategori jingga merujuk hujan lebat berterusan dijangka berlaku dengan hujan melebihi 60 milimeter dalam tempoh enam jam.

Selain itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada atau kategori kuning untuk bahagian Sibu (Selangau), Mukah (Matu, Dalat, dan Mukah), Kapit (Kapit dan Bukit Mabong), serta Bintulu (Tatau).

Ia berikutan hujan berterusan dijangka berlaku di kawasan terbabit sehingga esok.

Tahap waspada atau kategori kuning merujuk kepada hujan lebat yang dijangka berlaku antara satu hingga tiga hari.


bharian.com.my
Januari 12, 2022 @ 12:52pm
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid Al-Aqsa ~ 'Menteri' Pertahanan Trump #kesrogol
borneMahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid A
Views : 23954 Replies : 24
Nabila berang dituduh sudah rujuk dengan Sharnaaz- Jangan jadi bodoh!
RalineNabila berang dituduh sudah rujuk dengan
Views : 35993 Replies : 13
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 203064 Replies : 7535
Individu Terkesima Orang Ramai Sanggup Beratur Semata-mata Mahu Beli Mekap.Netizen terbelah dua
YgBenarIndividu Terkesima Orang Ramai Sanggup B
Views : 31457 Replies : 37
Kamal Adli terlalu sayang anak dan isteri, jawab dakwaan ke mahkamah syariah
RalineKamal Adli terlalu sayang anak dan ister
Views : 10324 Replies : 4
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 37811 Replies : 54
Kalau bawa awek mana boleh parking kereta di zon pink!
RalineKalau bawa awek mana boleh parking keret
Views : 37314 Replies : 44
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 11705 Replies : 8
TV show dan Movie Best di Netflix
NaatashaTV show dan Movie Best di Netflix
Views : 140011 Replies : 676
Menggelupur Risau Anwar Belum Dapat Cakap Dengan Trump
MahathirinaMenggelupur Risau Anwar Belum Dapat Caka
Views : 32783 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 05:35 PM GMT+8 , Processed in 0.042063 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list