CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 955|Reply: 0

[Sarawak] Menyingkap Sejarah Sibu

[Copy link]
Post time 11-1-2022 11:47 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 11-1-2022 03:49 PM



DR. SUFFIAN MANSOR

SIBU merupakan salah sebuah bandar yang penting di Sarawak. Terletak di antara Sungai Rejang dan Sungai Igan, Sibu merupakan pusat pentadbiran bagi Bahagian Sibu.
Sibu mempunyai sejarah tersendiri dalam sejarah Sarawak. Perkembangannya dari abad    ke-19 sehingga kini telah membentuk bandar tersebut sebagai bandar mempunyai pelbagai pengalaman sejarah yang penting.

Bermula

Jikalau menjejak sejarah Sibu ini, ia hanya dapat dikesan menerusi laporan-laporan kerajaan menerusi Sarawak Gazette dan tulisan-tulisan orang Barat. Sumber ini dikemaskan lagi dengan sumber lisan penduduk tempatan di Sibu.

Pada asalnya, Sibu dikenali sebagai Maling.  Nama ini diambil sempena nama sebuah tanjung berdepan dengan bandar tersebut, iaitu Tanjung Maling.
Manakala nama Sibu pula diambil sempena nama buah yang dikenali sebagai Sibau oleh penduduk tempatan. Sekitar tahun 1873, nama ini telah diguna pakai bagi merujuk kepada bandar tersebut.

Perluasan Wilayah Brooke

Bandar ini mula mendapat perhatian apabila Kerajaan Brooke mengadakan usaha untuk meluaskan wilayahnya. Krisis di Mukah yang berlaku pada tahun awal 1860-an membolehkan campur tangan Brooke di Mukah.
Krisis ini membawa kepada penyerahan Mukah hingga ke Tanjung Kidurong kepada Kerajaan Brooke. Penyerahan ini secara tidak langsung menjadikan Sibu sebahagian daripada wilayah Sarawak. Bahagian ini dinamakan sebagai Bahagian Ketiga dan Sibu dipilih sebagai pusat pentadbirannya pada tahun 1873.
Kehadiran pentadbiran Brooke di Sibu telah menghadapi tentangan daripada penduduk tempatan. Panglima Lintong pernah merancang menyerang kubu Brooke di Sibu.  Serangan ini tidak berlaku dan pentadbir Brooke terselamat daripada serangan tersebut.

Penduduk

Sebelum Sibu menjadi salah sebuah bandar besar, ia merupakan sebuah perkampungan kecil yang didiami oleh orang Melanau. Orang Melanau membina penempatan awal di Seduan (kini dikenali sebagai Sungai Merah), sebelum mendirikan beberapa buah kampung baharu seperti Kampung Nangka.
Orang Melayu juga mendirikan penempatan mereka di beberapa buah kawasan di pesisir Sungai Rejang. Antara kampung-kampung yang dirikan oleh mereka termasuklah Kampung Nyabor dan Kampung Datu.

Sementara itu, migrasi orang Iban ke Sibu membawa kepada beberapa penempatan mereka di sekitar Sibu. Mereka mendirikan rumah panjang dan melakukan kegiatan bercucuk tanam, selain mengutip hasil hutan.

Masyarakat Cina pula datang ke Sibu agak lewat. Pada awalnya, orang Cina dialek Hokkien merupakan penduduk Cina pertama menetap di Sibu. Kemunculan masyarakat Cina di Sibu ini dilambangkan dengan pembinaan sebuah Tua Pek Kong di tepi Sungai Rejang.

Pada tahun 1901 pula, masyarakat Cina dialek Foochow telah datang beramai-ramai ke Sibu.  Pada asalnya, mereka yang ditempatkan di Rajang untuk tujuan penanaman padi, telah meluaskan corak ekonomi mereka kepada pelbagai aktiviti ekonomi komersial.

Kedatangan kuasa Barat di Sarawak juga membawa bersama-sama anggota polis berketurunan Sikh di Sibu. Mereka telah mendirikan Gudhwara pada tahun 1928.  Masyarakat ini masih kekal tinggal di Sibu sehingga ke hari ini.

Keberadaan pelbagai kaum di Sibu ini tidak menimbulkan konflik. Malahan  membawa kepada pertembungan budaya yang harmoni. Kesemua mereka ini juga membantu meningkatkan kemajuan Sibu sebagai sebuah kawasan ekonomi yang penting di tengah Sarawak.

Cabaran

Pertambahan penduduk Sibu ini membawa kepada kemajuan bandar tersebut. Ramai pengumpul hasil hutan membawa hasil dagangan mereka ke Sibu untuk ditukar dengan keperluan barangan harian.  Hal ini membawa kepada terdirinya rumah-rumah kedai yang dibina menggunakan papan.

Kepesatan bandar Sibu berkembang ini diikuti dengan musibah apabila berlaku kebakaran besar yang memusnahkan bazar Sibu pada tahun 1889. Selepas dibaik pulih bazar tersebut, muncul pula kebakaran kedua pada tahun 1901.

Kebakaran ini hampir memusnahkan bazar tersebut. Namun demikian, bazar tersebut dapat dibangunkan semula. Pada 7 Mac 1928, sekali lagi kebakaran berlaku di bazar. Kebakaran ini juga membawa kepada kemusnahan terhadap bazar tersebut, tetapi tiada berlaku kehilangan nyawa.

Namun, Sibu tetap bangkit semula apabila usaha membina semula rumah-rumah kedai ini dilakukan. Selain kebakaran, berlaku juga wabak kolera pada tahun 1902.  Pada 3 Mac 1928 pula, terdapat kejadian pergaduhan antara orang Foochow dan Hailam. Pergaduhan ini dapat dileraikan dengan tiada pihak mendapat kecederaan. Walaupun masalah ini membawa kepada kelembapan sedikit kemajuan Sibu, tetapi semangat tinggi penduduk tempatan tidak luntur dan terus memajukan bandar tersebut.

Kemajuan

Hal ini boleh dilihat dengan kemajuan pesat berlaku di Old Street, iaitu pusat bandar itu.  Kemunculan Blacksmith Road pula mencerminkan nama jalan itu sebagai pusat membaiki barangan besi yang rosak.

Walaupun jalan air sebagai jalan utama menghubungi Sibu ketika itu, tetapi awal tahun 1900-an, telah adanya kenderaan bermotor yang dimiliki oleh pegawai Barat.  Kereta-kereta ini memudahkan mereka untuk berulang-alik dari rumah mereka ke kawasan bandar.

Pada akhir tahun 1920-an, sebuah dermaga konkrit dibina untuk membantu kapal dagang berlabuh dan proses mengangkut barangan ke pelabuhan. Bagi mengelakkan kebakaran berlaku, maka bangunan kedai baharu dibina menggunakan batu-bata. Terdapat 51 buah kedai-kedai ini telah dibina menggunakan batu-bata selepas kebakaran pada tahun 1928.

Perkembangan pada tahun 1930-an pula menyaksikan pembinaan kilang arak, pembinaan bangunan sekolah dan stor Jabatan Kerja Raya. Tambahan daripada itu, terdapat juga pembinaan berek polis, rumah kastam dan pusat pemyembelihan babi. Salah satu lagi perkembangan berlaku pada tahun 1930-an adalah pembinaan Hospital Lau King Howe.

Kepesatan Sibu juga ditandakan dengan munculnya beberapa hotel di bandar tersebut seperti Hotel Publico.  Beberapa kelab-kelab rekreasi juga ditubuhkan.

Penduduk Sibu juga mengalami kemajuan dengan adanya usaha membekalkan elektrik untuk bandar tersebut. Peringkat awal bekalan elektrik ini dinikmati oleh pegawai Barat.  Perkhidmatan ini bermula secara beransur-ansur dibekalkan kepada penduduk tempatan. Pada tahun 1930, dilaporkan seramai 47 pengguna menggunakan kemudahan ini.

Bekalan air bersih juga mula dinikmati oleh penduduk kampung pada masa tersebut. Mesin pengepaman diperkenalkan, tetapi penggunaannya agak terhad mengikut jam-jam tertentu.

Semasa pendudukan Jepun, Sibu menghadapi masalah dalam pembangunannya kerana semasa zaman perang, hubungan Sibu dengan dunia luar terputus, kecuali dengan Jepun.  Pada akhir-akhir perang pula, Sibu mengalami kemusnahan di beberapa tempat ekonominya. Namun, Sibu tetap bangkit semula selepas perang.

Pembinaan Semula

Sibu mengambil masa agak lama untuk memulihkan sektor ekonominya.  Hanya pada tahun 1947, pengangkutan air di Sibu mencapai tahap memuaskan.

Selain jalan air, Sibu juga mempunyai landasan kapal terbang. Landasan ini pada awalnya dibina oleh tentera Jepun, tetapi telah musah akibat serangan daripada tentera Berikat. Sibu kembali mempunyai landasan kapal terbang pada tahun 1952.

Hari ini, Sibu tetap megah sebagai salah sebuah bandar terpenting di Sarawak. Banyak pembaharuan dan pembangunan telah mengubah wajah bandar tersebut menjadi sebuah bandar yang moden dan berdaya saing.

  • Dr. Suffian Mansor ialah Pengerusi Pusat Kajian Sejarah, Politik dan Hal Ehwal Antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia.


January 11, 2022
Utusan Sarawak

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid Al-Aqsa ~ 'Menteri' Pertahanan Trump #kesrogol
borneMahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid A
Views : 23954 Replies : 24
Nabila berang dituduh sudah rujuk dengan Sharnaaz- Jangan jadi bodoh!
RalineNabila berang dituduh sudah rujuk dengan
Views : 35993 Replies : 13
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 203064 Replies : 7535
Individu Terkesima Orang Ramai Sanggup Beratur Semata-mata Mahu Beli Mekap.Netizen terbelah dua
YgBenarIndividu Terkesima Orang Ramai Sanggup B
Views : 31457 Replies : 37
Kamal Adli terlalu sayang anak dan isteri, jawab dakwaan ke mahkamah syariah
RalineKamal Adli terlalu sayang anak dan ister
Views : 10324 Replies : 4
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 37811 Replies : 54
Kalau bawa awek mana boleh parking kereta di zon pink!
RalineKalau bawa awek mana boleh parking keret
Views : 37314 Replies : 44
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 11705 Replies : 8
TV show dan Movie Best di Netflix
NaatashaTV show dan Movie Best di Netflix
Views : 140011 Replies : 676
Menggelupur Risau Anwar Belum Dapat Cakap Dengan Trump
MahathirinaMenggelupur Risau Anwar Belum Dapat Caka
Views : 32783 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 05:37 PM GMT+8 , Processed in 0.468198 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list