CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 775|Reply: 0

[Johor] Minyak masak paket habis stok?

[Copy link]
Post time 10-1-2022 03:43 PM | Show all posts |Read mode

SEORANG pekerja sebuah kedai rangkaian serbaneka sedang menyusun stok minyak paket di rak premis berkenaan di Johor Bahru. FOTO Nur Aisyah Mazalan

Johor Bahru: Pengguna dan peniaga di sekitar bandar raya ini mendakwa bekalan minyak masak paket sekilogram kehabisan sejak dua minggu lalu.

Tinjauan di beberapa pasar, pasar mini dan kedai serbaneka di Tampoi dan Gelang Patah mendapati kebanyakan kedai mendakwa sudah terputus bekalan minyak paket berkenaan dan tidak lagi mendapat bekalan daripada pembekal.

Suri rumah, Ramlah Suroji, 52, berkata dia terpaksa membeli minyak masak botol yang lebih mahal berikutan minyak masak paket bersubsidi yang ketiadaan stok.

"Saya memang pengguna minyak masak paket yang dijual pada harga RM2.50 sepaket sekilogram, namun sejak dua minggu lalu ia sudah kehabisan stok di semua kedai yang saya pergi termasuk di Gelang Patah dan Tampoi.

"Beberapa kedai yang saya kunjungi di kawasan rumah mendakwa mereka masih belum mendapat bekalan stok sejak dua minggu lalu," katanya ketika ditemui.

Sementara itu, pekerja sebuah kedai runcit di Gelang Patah yang mahu dikenali sebagai Roslan berkata, sudah lebih dua minggu minyak masak paket berharga RM2.50 kehabisan di kedainya.

"Setiap hari ramai pengguna yang mahu beli minyak masak paket namun bekalan sudah habis sejak dua minggu lalu. Ramai pengguna mengeluh sukar mendapatkan minyak masak paket sejak November lalu yang sering kehabisan stok.

"Stok baharu sudah ditempah namun pembekal menyatakan mereka tidak mempunyai bekalan mencukupi," katanya.

Sementara itu, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor, Hairul Anuar Bohro, berkata akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan itu.

"Setakat ini bekalan minyak masak paket bersubsidi RM2.50 sekilogram mencukupi di negeri ini apatah lagi KPDNHEP Johor ada membuat semakan dan tinjauan bekalan minyak masak dan mendapati ia cukup.

"Bagaimanapun, kita akan siasat aduan pengguna mengenai bekalan yang didakwa kehabisan stok di beberapa kawasan.

"Pemeriksaan terhadap pasar raya besar juga mendapati masih ada stok bekalan minyak masak paket yang dijual ketika ini. Oleh itu, kita menasihatkan pengguna supaya mendapatkan minyak berkenaan di kawasan lain termasuk pasar raya besar jika bekalan di kawasan penempatan mereka sudah habis segera," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 12:29 PM GMT+8 , Processed in 0.058211 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list