![](https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20220108/3ca471a1-ebd1-4499-afcf-daf53f1450c5.jpeg)
KOTA KINABALU: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan di Sabah.
Mengikut kenyataan dikeluarkan jabatan itu, amaran terbabit dijangka berlaku di kawasan pedalaman termasuk Sipitang, Tenom, Beaufort dan Keningau.
Katanya amaran juga dikeluarkan di bahagian pantai barat iaitu Papar sehingga jam 4:00 petang.
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm per jam yang hampir atau ianya dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.
utusanborneo.com.my/2022/01/08 |