CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 460|Reply: 0

[Sarawak] Persediaan ke sekolah tidak semeriah dahulu

[Copy link]
Post time 4-1-2022 07:11 PM | Show all posts |Read mode
KUCHING: Sebelum ini, Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan bahawa sesi persekolahan bermula pada 10 Januari ini mengikut ketetapan pengoperasian Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Justeru, Suara Sarawak bagi mendapatkan pandangan pekerja di beberapa pusat beli-belah yang menjual barang keperluan sekolah serta membuat tinjauan ke lokasi melihat keadaan orang yang hadir, semalam.

Pekerja Stor GSM Matang Mall, Ezatul Aidil Ikhwan Othman, 22, memberitahu, orang ramai yang hadir membeli barang keperluan sekolah agak sedikit berbanding dengan keadaan sebelum PKP dahulu.

“Jika dibandingkan dengan tahun sebelum wujudnya Covid-19, sambutan jual beli semasa musim persekolahan sangat berbeza. “Sekarang, kurang kemeriahan dalam kalangan pelanggan. Kadang-kadang, ibu bapa sahaja yang datang membeli barang sekolah untuk anak kerana risau dengan keadaan sekeliling yang berisiko,” katanya pada Suara Sarawak.

Seterusnya Muhammad Ismail Zafari, 20, juga menceritakan sedikit tentang situasi sambutan untuk persediaan anak-anak menjelang hari persekolahan yang akan tiba tidak lama lagi.

Katanya, sepanjang pemerhatiannya bekerja di situ, orang ramai selalunya datang pada waktu malam sekitar jam 7 untuk membeli pakaian, kasut, beg dan sebagainya.

Jelasnya, kebanyakan datang untuk membeli pakaian sahaja berbanding dengan beg sekolah dan kasut. “Ini mungkin mengelak pembaziran kerana barang lama mungkin masih boleh digunakan,” katanya.

Selain itu, Suara Sarawak turut membuat tinjauan di kedai serbaneka Mydin Vista Tunku untuk melihat keadaan orang awam dalam mempersiapkan anak-anak mereka sebelum sekolah dibuka semula, kelak.

Pengurus Stornya Yusri Munel, 45, pula memberikan pandangan yang sebaliknya terhadap sambutan orang awam di pusat beli-belah, di sini.

“Sambutan tidak semeriah sebelumnya, namun tetap ada yang datang berkunjung untuk membeli barang peralatan sekolah lebih-lebih lagi apabila musim persekolahan semakin menghampiri.

“Mungkin disebabkan kedai ini menjual barangan dengan harga berpatutan, justeru dapat menarik perhatian orang awam untuk membeli peralatan di sini,” katanya semasa ditemui semalam.

Manakala pengurus pelatih Khaireeza Rajuli, 27, juga memberi sedikit komen berkaitan kehadiran orang ramai untuk persediaan hari persekolahan yang akan tiba. Ujarnya, setiap peralatan seperti beg, pakaian, peralatan sekolah dibahagikan kepada bahagian masing-masing.

Oleh itu, setiap bahagian mendapat sambutan yang berbeza-beza mengikut keperluan orang ramai. Mengulas lanjut, bahagian pakaian mungkin kurang sambutan berbanding peralatan sekolah, beg dan lain-lain kerana beranggapan baju dan seluar sekolah masih boleh digunakan untuk sesi persekolahan yang akan datang.


by suaraswk
January 4, 2022
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 03:41 AM GMT+8 , Processed in 0.093611 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list