CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 417|Reply: 0

[Sabah] Wanita maut, dua parah pertembungan dua kenderaan

[Copy link]
Post time 4-1-2022 06:34 PM | Show all posts |Read mode


REMUK: Keadaan kenderaan mangsa yang remuk selepas bertembung dengan pacuan empat roda di Jalan Kimanis-Keningau di sini.

PAPAR: Seorang wanita maut manakala dua lagi individu lain mengalami kecederaan parah selepas terlibat dalam pertembungan dua kenderaan di Jalan Kimanis-Keningau di sini kelmarin.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Misran Bisara berkata kejadian jam 3.35 petang itu membabitkan sebuah pacuan empat roda dan kenderaan hatchback.

“Sepasukan anggota serta pegawai digerakkan ke lokasi sebaik mendapat panggilan kecemasan bagi melaksanakan operasi penyelamatan.

“Pasukan bomba kemudiannya mengeluarkan lima mangsa di dalam kedua-dua kenderaan,” katanya.

Menurutnya seorang mangsa wanita berumur 40-an diserahkan kepada pihak polis selepas disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan di lokasi kejadian.

“Sepasang mangsa masing-masing berumur 50 dan 60 tahun yang parah dikejarkan ke hospital bagi menerima rawatan lanjut manakala seorang kanak-kanak lelaki berumur tiga tahun yang mengalami kecederaan ringan diberikan rawatan awal oleh Pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Seorang lagi mangsa berumur 50-an di dalam kenderaan pacuan empat roda hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya.

Beliau berkata operasi ditamatkan pada jam 4.58 petang kemudian selepas pihaknya memastikan tiada unsur bahaya lain di lokasi.


utusanborneo.com.my/2022/01/04
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 03:32 AM GMT+8 , Processed in 0.069849 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list