CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 459|Reply: 0

[Pulau Pinang] Taman Eko Burung Merak kini dibuka kepada orang ramai

[Copy link]
Post time 4-1-2022 11:13 AM | Show all posts |Read mode
Taman Eko Burung Merak kini dibuka kepada orang ramai
| | 04 Januari 2022


D.Paranthaman ketika bersama sebahagian burung-burung merak kesayangannya. - Foto Bernama


BUTTERWORTH - Digelar burung tercantik di dunia, orang ramai kini berpeluang untuk menyaksikan sendiri pelbagai spesies burung merak di Taman Eko Burung Merak Perai di Taman Kimsar yang telah dibuka untuk kunjungan orang ramai bermula 1 Januari lepas.


Terletak bersebelahan dengan Sungai Perai, Presiden Persatuan Rekreasi Burung Merak Eco Perai Pulau Pinang, D Paranthaman berkata, projek tersebut bertujuan mewujudkan lokasi rekreasi percuma buat para pengunjung selain memberi pendedahan mengenai perbezaan burung merak.


“Dengan keluasan sekitar 0.3 hektar, Taman Eko Burung Merak mempamerkan burung merak albino, burung merak India, burung merak campuran Jawa dan Belgium, serta burung merak Pied dan Black Shoulder dari Sepanyol di dalam sebuah sangkar berkeluasan 25x75 kaki persegi.


“Selain itu, orang ramai juga boleh beriadah di tepi sungai dan kolam bunga teratai yang dibina bersama sangkar ini. Semuanya percuma... kita tidak akan mengenakan apa-apa bayaran supaya semua lapisan masyarakat boleh ke sini sambil beriadah dan menambahkan ilmu pengetahuan,” katanya kepada Bernama di sini.


Beliau berkata, taman eko tersebut dibina di atas tanah milik Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan pihaknya turut menerima bantuan daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), kerajaan negeri serta Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) untuk membina taman tersebut yang mencecah perbelanjaan sebanyak RM350,000.


Paranthaman tidak menolak hakikat bahawa beliau telah lama mengimpikan untuk membuka sebuah taman merak, malah beliau sendiri memiliki sebanyak 200 ekor burung merak yang dirawat di dalam makmal di kediamannya bagi menjaga kesihatan haiwan spesies unggas itu.


Pada 2011, Paranthaman telah menerima 10 ekor burung merak yang dihadiahkan oleh bekas Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono sebagai tanda terima kasih atas khidmat dan pertolongannya dalam menguruskan bencana tsunami di Aceh.


“Setelah tsunami membadai tanah Aceh pada 2004, saya dan pekerja telah menguruskan lebih 188,000 mayat mangsa tsunami di sana. Saya berada di sana selama lebih empat bulan untuk kerja-kerja tersebut... bakti saya telah sampai ke pengetahuan bekas Presiden (Indonesia), jadi pada 2010, beliau hadiahkan burung merak kepada saya.


“Setelah itu, minat saya terhadap burung merak semakin mekar. Malah, pada 2013 saya sempat mengambil kursus tentang cara-cara pengendalian dan penjagaan burung merak di Bangalore Bird Sanctuary di India selama 10 bulan,” katanya yang pernah bekerja di Kalimantan, Indonesia selama 11 tahun dalam sektor kelapa sawit.


Tambahnya, beliau kini sering dipanggil oleh pihak swasta dan pusat peranginan sebagai konsultan penjagaan burung merak di seluruh Malaysia.


Dengan pendapatan tersebut, ia dapat menampung kos bulanan penjagaan 200 ekor burung merak itu yang kini mencecah sekitar RM2,800.


Paranthaman juga memasang impian untuk menambah spesies burung merak di taman eko tersebut supaya generasi muda dapat melihat sendiri kepelbagaian burung merak yang wujud di seluruh dunia. - Bernama



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... -kepada-orang-ramai
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-11-2024 09:57 PM GMT+8 , Processed in 0.082493 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list