CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 418|Reply: 1

[Sabah] Sembilan daerah terjejas banjir, 15 PPS dibuka

[Copy link]
Post time 2-1-2022 10:15 PM | Show all posts |Read mode


BANTU: Anggota bomba membantu memindahkan mangsa banjir di Kota Marudu.

KOTA KINABALU: Seramai 1,249 penduduk membabitkan 432 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) berikutan bencana banjir yang melanda sembilan daerah di negeri ini.

Menurut kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sabah, sebanyak 15 PPS dibuka di enam daerah setakat jam 4 petang hari ini.

Enam daerah yang terlibat dengan pemindahan mangsa banjir di PPS adalah Kota Marudu, Paitan, Beluran, Telupid, Sandakan, dan Pitas, manakala daerah lain yang terjejas banjir termasuklah Kinabatangan, Lahad Datu, dan Ranau.

Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke PPS adalah seramai 310 lelaki, 407 wanita, dan 532 kanak-kanak. Secara keseluruhannya, sebanyak 102 kampung terjejas banjir dari sembilan daerah yang terlibat.

Daerah Kota Marudu merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 969 orang dari 353 keluarga.

Sebanyak tujuh PPS dibuka di daerah berkenaan termasuklah Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Teritipan, Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tandek, Dewan St. Theresa, bangunan Rukun Tetangga Salimandut, Dewan Sekolah Menengah (SM) Advent Gihsen, Sekolah Rendah Advent (SRA) Damai, dan Dewan Longob.

Dua PPS iaitu Dewan SK Teritipan dan Dewan SMK Tandek dibuka sejak 31 Disember lepas, empat PPS lain dibuka sejak semalam, manakala PPS bangunan Rukun Tetangga Salimandut mula beroperasi hari ini.

Seramai 61 mangsa banjir di Sandakan dari 17 keluarga ditempatkan di PPS Masjid Nur Iman Sungai Memanjang yang dibuka pada jam 2 pagi tadi.

PPS Dewan Kampung (Kg) Balaban Jaya Beluran yang dibuka sejak semalam menempatkan seramai 38 mangsa membabitkan lapan keluarga.

Tiga PPS dibuka di Telupid melibatkan 43 mangsa dari lapan keluarga masing-masing ditempatkan di Dewan Kg Bakong-Bakong, Dewan Kg Rancangan Nangoh, dan Dewan Kg Bauto.

Seramai 50 mangsa dari 13 keluarga ditempatkan di dua PPS di Paitan iaitu Dewan SMK Pamol dan Dewan Kg Binsulung, manakala 36 mangsa dari 10 keluarga dipindahkan di PPS Dewan SK Salimpodon Pitas.


utusanborneo.com.my/2022/01/02
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2022 11:13 PM | Show all posts
Semoga kita pun sama-sama membantu bagi yang memerlukan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 04:58 AM GMT+8 , Processed in 0.109455 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list