CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 529|Reply: 1

[Pulau Pinang] 44 'mat motor' ditahan atas pelbagai kesalahan

[Copy link]
Post time 1-1-2022 10:25 AM | Show all posts |Read mode
44 'mat motor' ditahan atas pelbagai kesalahan

Zuhainy Zulkiffli - Januari 1, 2022 @ 7:55am[email protected]




Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong (kiri) memeriksa antara 44 motosikal yang disita dalam Op Ambang Tahun Baru. - Foto NSTP/Danial Saad



GEORGETOWN: Mengubah suai motosikal, nombor plat 'fancy' dan ekzos bising antara kesalahan dikesan Polis Pulau Pinang dalam pemeriksaan di sekitar daerah Timur Laut di sini, semalam.

Daripada 300 motosikal diperiksa menerusi Op Ambang Tahun Baharu itu, 44 daripadanya disita atas pelbagai kesalahan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong, berkata kesemua 44 penunggang motosikal berusia lingkungan 20 hingga 30-an itu diperiksa di empat inap desa berasingan di sekitar Batu Ferringhi dan Georgetown menerusi operasi bermula jam 4 petang semalam

"Pemeriksaan mendapati ada antara mereka datang dari Selangor, Perak dan Johor dengan menunggang motosikal ke Pulau Pinang.

"Mereka datang bersama kumpulan antara lima hingga 20 penunggang namun ada seorang daripadanya yang mengaku menunggang motosikal bersendirian dari Pahang," katanya kepada media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut, di sini, semalam.

Mengulas lanjut Soffian berkata, motosikal dibawa ke balai polis untuk disita dan dilakukan ujian tahap pencemaran bunyi oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS).

"Kebanyakan motosikal yang disita adalah jenis Yamaha RXZ dan kita akan siasat mengenai tujuan mereka ke Pulau Pinang sama ada bagi menyertai lumba haram atau sebaliknya.

"Kita tidak menolak kemungkinan bahawa mereka sudah berjanji untuk berkumpul di inap desa berkenaan.

"Dijangka kita akan keluarkan lebih daripada satu saman, sita motosikal dan seterusnya dikenakan tindakan mahkamah," katanya lagi.

Soffian turut menyertai operasi bersepadu berkenaan yang dijalankan sehingga awal pagi tadi di lokasi tumpuan orang ramai.

Operasi membabitkan seramai 1,000 pegawai dan anggota polis seluruh Pulau Pinang itu dilakukan bagi memastikan orang ramai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) termasuk undang-undang lalu lintas.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-1-2022 12:04 PM | Show all posts
rxz ade nilai wooo...entah2 x smpai balai kot
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 09:25 AM GMT+8 , Processed in 0.100814 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list