KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menutup sementara beberapa taman awam di bandaraya ini bermula esok sehingga 1 Januari 2022.
Mayor DBKK Datuk Noorliza Awang Alip (gambar) dalam kenyataannya berkata, tindakan penutupan sementara itu sebagai langkah kawalan pencegahan penularan wabak COVID-19.
"Taman awam yang terlibat adalah Taman Awam Teluk Likas, Taman Awam Teluk Likas 2 dan Pantai Tanjung Aru 1.
"Penutupan bermula jam 1 petang esok sehingga jam 6 pagi 1 Januari 2022," jelasnya.
Dalam pada itu, pihaknya menasihatkan orang ramai untuk tidak mengunjungi dan menggunakan taman-taman berkenaan semasa tempoh penutupan untuk mengurangkan risiko penyebaran wabak COVID-19.
utusanborneo.com.my/2021/12/30 |