CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 524|Reply: 0

[Sarawak] Mangsa kebakaran di Lundu dapat rumah baharu

[Copy link]
Post time 29-12-2021 10:08 AM | Show all posts |Read mode


LUNDU: Penghujung tahun 2021 mengukir detik manis kepada Mahdar Che Ali dan keluarga apabila rumah mereka yang musnah akibat kebakaran pada 2020 lalu sudah siap dibaik pulih.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Adenan berkata, projek baik pulih di bawah inisiatif Bantuan Ehsan Kebakaran Rumah Kediaman Tahun 2020/2021 ini membabitkan kos sebanyak RM56,000.

“Projek yang dipohon melalui Pejabat Residen Kuching ini disemak Jawatankuasa Teknikal dari Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Lundu dan Pejabat Daerah Lundu sebelum disahkan selamat untuk didiami,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan majlis ringkas penyerahan rumah tersebut di Kampung Sileng Melayu, di sini.

Sementara itu, anak kepada Mahdar menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan Sarawak atas keprihatinan menyalurkan bantuan ini.

“Saya berharap agar Tanjong Datu ini akan terus maju di bawah kepimpinan Azizul Annuar yang sentiasa mengambil berat dan membuat yang terbaik untuk penduduk di sini,” katanya.

Hadir sama Residen Bahagian Kuching Datu Sherrina Hussaini, Pegawai Daerah Lundu, Gustian Durani, Jurutera JKR Daerah Lundu, Mohd Khalid Abdul Karim dan Penghulu Mahyan Suaidi.


sarawakvoice.com/2021/12/29

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 02:50 PM GMT+8 , Processed in 0.086442 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list