CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 504|Reply: 0

[Sarawak] Majlis angkat sumpah kabinet baharu Sarawak Selasa depan?

[Copy link]
Post time 29-12-2021 10:04 AM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Tinggal dua hari lagi sebelum tahun 2021 menutup tirainya.

Ini bermakna besar kemungkinan kabinet baharu Sarawak tidak akan mengangkat sumpah pada tahun ini.

Sebaliknya, majlis mengangkat sumpah menteri dan menteri muda dijangka diadakan pada minggu pertama 2022 antara hari Selasa hingga Khamis.

Besar kemungkinan majlis itu diadakan pada  Selasa, 4 Januari 2022.

GPS telah memenangi 76 kerusi daripada 82 kerusi DUN dalam pRN K-e12 pada 18 Dis lalu, sekali gus rekod palong demerlang pernah dicatat oleh mana-mana parti pemerintah di Sarawak sejak {PRN pertama pada 1969.

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg telah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri, pertama kali mendapat mandat sendiri pada malam 18 Dis lalu.

Adun Batu Lintang Datuk Seri Dr Sim Kui Hian membayangkan bahawa majlis mengangkat sumpah Kabinet Sarawak yang baharu akan diadakan pada Jan depan.

Namun, beliau tidak menyatakan secara tepat tarikhnya.Dr Sim diura-urakan bakal dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Sarawak selepas parti yang diterajuinya, SUPP memenangi 13 daripada 18 kerusi ditandingi. Ini prestasi terbaik sejak  20 tahun lalu.

Hal ini dikatakan wajar selepas parti tertua Sarawak yang ditubuhkan pada 1959 itu mengatasi jumlah kerusi dimenangi PRS. PRS yang kehilangan Presidennya Tan Sri Dr James jemut Masing baru-baru ini hanya memenangi 11 kerusi.

Presiden terakhir SUPP yang menjawat jawatan Timbalan Ketua Menteri ialah Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam dari 1996 hingga 2011.


sarawakvoice.com/2021/12/29

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 03:01 PM GMT+8 , Processed in 0.088658 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list