CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 487|Reply: 0

[Sabah] PPM rampas 1,100 bungkus rokok seludup

[Copy link]
Post time 29-12-2021 09:50 AM | Show all posts |Read mode


RAMPAS: Semua barang rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Lahad Datu untuk tindakan lanjut.

LAHAD DATU: Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya mematahkan cubaan menyeludup sebanyak 1,100 bungkus rokok tanpa cukai di kawasan bangunan Ko Nelayan, di sini petang semalam.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Lahad Datu Superintendan Gan Ping Sin berkata rampasan dilakukan pada jam 12 tengah hari.

“Sebelum itu, anggota PPM menjalankan pemerhatian ke atas tempat penyimpanan barang di kawasan tersebut yang dipercayai kerap berlakunya aktiviti penyeludupan dari negara jiran.

“Hasil pemerhatian dan pemeriksaan berjaya menemukan pelbagai jenis rokok tidak bercukai di bahagian bawah bangunan berkenaan,” katanya dalam kenyataan medianya, di sini semalam.

Katanya, rokok berkenaan disyaki diseludup masuk dari negara jiran untuk pasaran tempatan dan sekitar daerah ini.

“Turut dirampas tiga buah perahu kayu dan dua unit enjin bot yang dipercayai digunakan suspek untuk melakukan aktiviti penyeludupan.

“Semua barang rampasan yang dianggarkan bernilai RM32,968 itu dibawa ke Markas Operasi PPM Lahad Datu untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967,” katanya.

Gan berkata PPM wilayah 4 Sabah mengalu-alukan seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti jenayah di kawasan mereka.

“Maklumat boleh dilaporkan secara terus menggunakan aplikasi whatsapp kepada Pusat Komunikasi PPM Sabah ditalian 0139391197,” katanya.


utusanborneo.com.my/2021/12/29

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 02:39 PM GMT+8 , Processed in 0.152774 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list