CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 595|Reply: 0

[Sabah] Projek Malikai Fasa dua kini sempurna

[Copy link]
Post time 28-12-2021 09:00 PM | Show all posts |Read mode



KOTA KINABALU:  Sabah Shell Petroleum Company Ltd, pengendali operasi Malikai Tension-Leg Platform (TLP) yang terletak di luar pesisir pantai Sabah mengumumkan hari ini bahawa pembangunan Malikai Fasa dua kini sudah siap sepenuhnya.

Projek yang melibatkan aktiviti penggerudian dua telaga minyak di luar pesisir pantai itu turut melibatkan empat telaga suntikan air akan meningkatkan lagi jumlah minyak yang boleh diperolehi dari semua lapangan seterusnya mampu mengelakkan daripada penyusutan jumlah volum dari beberapa telaga lama ketika dibangunkan pada fasa pertama.

Selain pembinaan TLP, pembangunan fasa pertama melibatkan 10 usaha penggerudian berjaya menghasilkan minyak dengan dua suntikan air. Malikai Fasa pertama buat julung kalinya berjaya menghasilkan minyak pada Disember 2016.

Perkembangan telaga baharu dipesisir lautan dalam ini telah menggunakan teknologi single-combo riser yang buat julung kalinya digunakan pada fasa pertama, serta penggunaan beberapa teknologi yang membolehkan Shell untuk menyiapkan projek berkenaan dengan kos lebih berdaya saing.

Projek itu juga dilaksanakan dengan tahap keselamatan yang tinggi, tanpa sebarang kemalangan berlaku dan siap pada tempoh masa ditetapkan walaupun wujudnya cabaran persekitaran seperti Pandemik COVID-19.

Pengerusi Shell Malaysia merangkap Naib Presiden Kanan Upstream Malaysia Ivan Tan berkata, beliau sangat gembira dengan berita baik itu.

"Saya sangat gembira bahawa pasukan projek kami telah berjaya dan selamat menyempurnakan pembangunan Malikai Fasa dua.

"Kami juga memanfaatkan kepakaran dari peringkat global dan tempatan, dengan hubungan usahasama yang erat seterusnya mencapai sasaran penyiapan projek dengan cemerlang.

"Shell telah menjadi pemimpin utama global dalam penerokaan dan penghasilan minyak pesisir lautan dalam lebih daripada 40 tahun. Kami sentiasa komited dan menyokong kemampanan jangka masa panjang oleh Industri Tenaga Malaysia," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Malikai adalah sebahagian daripada kontrak perkongsian penghasilan Blok G yang dianugerahkan oleh PETRONAS pada 1995.

Shell, Operator dan and ConocoPhillips Sabah Ltd masing-masing memegang 35 peratus kepentingan dalam kontrak berkenaan, sementara PETRONAS Carigali Sdn. Bhd memegang 30 peratus.


utusanborneo.com.my/2021/12/28
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 03:02 PM GMT+8 , Processed in 0.194440 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list