CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 574|Reply: 0

[Sarawak] Warga emas dilaporkan hilang cari lokan ditemui selamat

[Copy link]
Post time 28-12-2021 08:56 PM | Show all posts |Read mode


Amit dijumpai selamat, kira-kira 10 kilometer di kawasan dia hilang pada jam 10.58 pagi ini.

LAWAS: Seorang lelaki warga emas ditemui selamat selepas hilang ketika mencari lokan di Sungai Kanawai-Kanawai, Sundar dekat sini pada Isnin.

Mangsa Amit Matasan, 71 ,ditemui dalam keadaan lemah oleh penduduk kampung di tepi sungai, kira-kira 10 kilometer di kawasan dia hilang pada jam 10.58 pagi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lawas Azman Ibrahim berkata mangsa tiba di kawasan pencarian dalam keadaan lemah dan kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

“Dengan penemuan mangsa ini operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditutup,” katanya kepada media.

Pada Isnin mangsa bersama rakannya Roseli  Sahari 49, keluar bersama mencari lokan di sungai Kanawai - Kanawai dengan menggunakan bot gentian kaca sebelum bergerak berasingan.

Bagaimanapun rakannya dan  mangsa tidak dapat berkumpul semula sekitar jam 7 petang.

Susulan itu rakannya  balik ke rumah untuk membuat laporan tentang kehilangan mangsa.


utusanborneo.com.my/2021/12/28
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 02:47 PM GMT+8 , Processed in 0.148450 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list