CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 555|Reply: 1

[Sarawak] Covid-19 27/12/2021

[Copy link]
Post time 28-12-2021 11:06 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 28-12-2021 05:07 AM







COVID-19: Sarawak rekod 21 kes baharu, tiada kematian


KUCHING: Sarawak terus mencatatkan penurunan kes harian COVID-19 dengan hanya merekodkan 21 kes baharu hari ini berbanding semalam, 24 kes.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif kini 252,220, ujar Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan hari ini.

Sepuluh dari kes ini adalah kategori satu (tiada gejala), 10 lagi kes merupakan kategori dua (gejala ringan) manakala satu kes merupakan kategori tiga (jangkitan paru-paru).

Kes baharu ini direkodkan di Kuching (4), Sibu (4), Lawas (4), Miri (4), Bintulu (2) dan masing-masing satu kes di Sarikei, Limbang dan Bau.

JPBNS turut memaklumkan tiada kes kematian akibat COVID-19 dilaporkan dan tiada kluster baharu diisytiharkan di Sarawak hari ini.

Mengenai laporan notis kompaun pula, polis Sarawak mengeluarkan 27 kompaun masing-masing di Kuching (20) dan di Miri (7).

Ia katanya, melibatkan kesalahan gagal mengimbas QR Code MySejahtera atau mencatat kehadiran sebelum memasuki premis (14), tidak menjaga penjarakan fizikal (11) serta membuka premis di bawah ‘negative list’ (2).


utusanborneo.com.my/2021/12/27

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-12-2021 01:06 PM | Show all posts





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 12:52 PM GMT+8 , Processed in 0.063583 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list