CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 541|Reply: 0

[Sarawak] Bot ekspres: Tambahan dua perjalanan sehari pada 28 dan 29 Disember

[Copy link]
Post time 26-12-2021 03:50 PM | Show all posts |Read mode


LIMBANG: Sebanyak dua perjalanan sehari akan diadakan bagi bot ekspres dari Limbang ke Lawas dan Lawas ke Limbang pada 28 dan 29 Disember ini untuk menampung permintaan penduduk yang berulang alik dari daerah berkenaan.

Residen Bahagian Limbang Ir Ahmad Denney Ahmad Fauzi (gambar) menjangkakan jumlah perjalanan tersebut cukup bagi menampung permintaan masyarakat yang pulang ke kampung sama ada ke Limbang mahupun Lawas.

“Perjalanan dari Limbang ke Lawas ditambah selama dua hari iaitu pada 28 dan 29 Disember ini bermula jam 2 petang dan dari Lawas ke Limbang bermula 2 petang,”katanya kepada media hari ini.

Sebelum ini perkhidmatan ekspres sama ada dari Lawas ke Linbang dan Limbang ke Lawas hanya dilakukan sehari sekali.

Pertambahan dua perjalanan sehari itu akan memudahkan pergerakan penduduk di bahagian ini yang bergantung kepada pengangkutan sungai ekoran kesukaran rentas daerah.

Perkhidmatan ekspress itu perlu memandangkan  penduduk di daerah Lawas perlu ke Limbang untuk urusan dengan agensi kerajaan lain  dan beberapa agensi persekutuan yang tidak memiliki pejabat di daerah Lawas.

Malahan keperluan kesihatan dan pendidikan juga memerlukan pergerakan penduduk Lawas ke Limbang.


utusanborneo.com.my/2021/12/25

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 12:21 PM GMT+8 , Processed in 0.113975 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list