View: 574|Reply: 0
|
[Sabah]
Covid-19 25/12/2021
[Copy link]
|
|
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid-19 Negeri Sabah
Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 127 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 239,482 kes. Tiada kes kematian dilaporkan pada hari ini.
Bilangan pesakit COVID-19 sembuh ialah 264 (termasuk yang discaj dari hospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 232,071 orang. Manakala 723 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 393 orang di hospital, 324 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan enam (6) orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara. Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 32 orang merangkumi 31 di ICU/repurposed kritikal care serta satu (1) di open ward (HDW/kubikel akut) dan tujuh (7) orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated). Manakala bilangan pesakit stage empat (4) dan lima (5) yang masih belum lengkap vaksin ialah 22 (26.5%).
Kedudukan Kes Positif COVID-19
a. Sabah mencatat angka baharu COVID-19 yang jauh lebih rendah hari ini dengan 127 kes, 41 kes lebih rendah daripada semalam.
b. Cuma lima (5) daerah mencatatkan kes dua (2) angka iaitu Kota Kinabalu 31 kes, Tuaran 22 kes, Penampang 12 kes, Ranau 10 kes dan Tawau 10 kes. 13 daerah mencatatkan kes pada satu (1) angka sahaja dan tidak ada kes baharu di sembilan (9) daerah.
c. Terdapat satu kluster baharu tempat kerja di Kota Kinabalu hari ini, iaitu Kluster Bahtera Kinabalu yang melibatkan kakitangan kapal MV Orbit Petra. Ia berpunca daripada seorang anak kapal (indeks kes) yang telah disahkan positif dan saringan seterusnya dikalangan kawan sekerja mendapati 21 lagi anak kapal didapati positif dan kini sedang diberikan rawatan sewajarnya.
d. Seramai 124 orang daripada 127 pesakit baharu hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2 sahaja, tiada kes dalam Kategori 3 dan Kategori 5, serta dua (2) kes dalam Kategori 4. JKNS masih membuat penilaian ke atas satu (1) kes lagi.
e. Seluruh daerah di Negeri Sabah mencatatkan perubahan angka kes positif COVID-19 yang tidak statik dengan jumlah catatan sebanyak (52) kes daripada Saringan Kontak Rapat, dapat disimpulkan masih terdapat kebarangkalian tinggi berlakunya aktiviti ketidakpatuhan SOP yang telah digariskan sungguhpun pelbagai seruan dan saranan telah dilakukan oleh pihak Kerajaan.
f. Selamat Menyambut Hari Krismas dan raihkan secara berhemah dan bertanggungjawab dengan mematuhi semua SOP.
Terdapat satu (1) kluster baharu direkodkan hari ini.
Kluster Bahtera Kinabalu - Kota Kinabalu adalah kluster yang dikategorikan sebagai kluster tempat kerja iaitu di sebuah kapal MV Orbit Petra. Kes indeks merupakan lelaki tempatan, 26, yang dikesan positif COVID-19 melalui ujian RTK saliva pada 12 Disember 2021, setelah bergejala batuk dan hilang deria bau. Kes indeks telah dihantar ke pusat kuarantin hotel dari kapal untuk menjalani kuarantin. Bagaimanapun, ujian saringan ulangan pada 13 Disember 2021 turut mengesahkan kes indeks positif dalam ujian RT PCR. Saringan terhadap kontak rapat terdiri daripada kakitangan kapal tersebut pula mendapati 21 lagi kes positif menjadikan kumulatif kes sebanyak 22 orang. Semua pesakit telah diasingkan dan diberi rawatan yang sesuai.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|