CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1150|Reply: 5

[Johor] [JOHOR] Bot pancung karam dipercayai dari Lombok

[Copy link]
Post time 15-12-2021 07:58 PM | Show all posts |Read mode

PEGAWAI Konsulat Indonesia, anggota Bomba dan APMM melihat barang-barang mangsa bot pancung yang dinaiki Pati yang karam di perairan Tanjung Balau, Kota Tinggi. FOTO Nur Aisyah Mazalan



Kota Tinggi: Bot pancung yang karam di perairan Tanjung Balau, di sini, sehingga menyebabkan 11 pendatang asing tanpa izin (Pati) lemas, manakala 25 lagi masih hilang, dipercayai dari Lombok, Indonesia.

Bagaimanapun mereka dipercayai berhenti transit di Batam selepas bertolak dari Lombok, bagi menaiki sebuah bot pancung berkelajuan tinggi dari situ, bagi memasuki perairan Johor.

Timbalan Pengarah Operasi Agensi Penguat kuasa Maritim Malaysia (APMM) Johor, Kepten Maritim Simon Templer Lo Ak Tusa berkata, bot pancung laju itu biasanya hanya mengambil masa 15 minit dari Batam sebelum tiba ke perairan Johor Timur di Kota Tinggi.

"Berdasarkan kes sebelum ini, kita percaya bot pancung berkenaan memasuki perairan negara kita kira-kira jam 1 pagi tadi dalam keadaan cuaca buruk.


"Ia berikutan sudah seminggu keadaan cuaca di perairan Johor Timur dilaporkan buruk dengan ombak bergelora dan tinggi selain hujan lebat," katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang media di Pusat Operasi Carilamat di Pantai Tanjung Balau, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pegawai Memerintah Rejimen ke-7 Artileri Diraja Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Leftenan Kolonel Mohamed Ridzal Radzuan.

Simon berkata, berdasarkan maklumat awal hasil soal siasat terhadap 14 mangsa terselamat memaklumkan mereka belayar menaiki bot dari Lombok, Indonesia sebelum dipercayai berhenti transit di Batam untuk bertukar bot.

"Mengikut kes sebelum ini, setiap Pati dilaporkan membayar antara antara RM2,000 hingga RM3,000 untuk menaiki bot pancung untuk masuk atau keluar dari Malaysia.

"Ini adalah kes pertama membabitkan kemasukan Pati dari Lombok di kawasan Johor Timur kerana kebiasaannya kemasukan membabitkan Pati yang tinggal sekitar dari Kepulauan Batam sahaja," katanya.

Terdahulu, 14 Pati disahkan selamat, 11 maut, manakala 25 masih hilang dalam kejadian bot pancung karam dibadai ombak dalam kejadian di perairan Tanjung Balau, di sini.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria dilaporkan berkata, dalam kejadian jam 4.30 pagi itu bot pancung terbabit dipercayai karam akibat dibadai ombak akibat cuaca buruk.

Beliau dilaporkan berkata, pihak Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru menerima laporan kejadian daripada pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penawar memaklumkan menerima maklumat daripada pihak Markas Taktikal Tanjung Sepang mengenai penemuan bot itu bersama Pati di pantai Tanjung Balau.

Dalam pada itu, Simon berkata, pihak berkuasa belum melakukan siasatan lanjut berikutan kesemua mangsa bukan sahaja masih trauma malah perlu dikendalikan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ketat termasuk perlu menjalani ujian saringan Covid-19.

"Untuk maklumat lebih terperinci, siasatan lanjut perlu dilakukan, namun ia masih belum dapat dilakukan kerana pihak berkuasa perlu mengendalikan semua mangsa terselamat mengikut SOP ditetapkan kerajaan.

"Empat belas mangsa yang terselamat berusia antara 20 hingga 50 tahun membabitkan 12 lelaki dan dua wanita manakala yang maut membabitkan tujuh lelaki dan empat wanita," katanya.

Ditanya sama ada 25 mangsa yang masih hilang itu dipercayai selamat atau lemas, Simon berkata, perkara itu dapat disahkan lagi malah operasi carilamat akan diteruskan empat hingga 10 hari mengikut keperluan semasa.

"Saya tidak dapat sahkan lagi sama ada 25 mangsa yang masih hilang sudah menyusup masuk ke negara ini atau lemas. Ini kerana pihak berkuasa belum dapat soal siasat secara penuh mangsa yang perlu jalani prosedur saringan.

"Kesemua 14 mangsa yang terselamat kini ditahan di aset ATM di Pengerang sebelum disoal siasat dan diusir kembali ke negara

Disiarkan pada: Disember 15, 2021 @ 5:23pm


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-12-2021 08:01 PM | Show all posts

ANGGOTA bertugas mengalihkan mayat Pati dalam insiden bot karam di Tanjung Balau, Bandar Penawar. Foto Nur Aisyah Mazalan



Kota Tinggi: Ketinggian ombak yang mencecah sehingga 3.7 hingga 4.5 meter dikesan berlaku ketika insiden bot karam yang mengorbankan 11 pendatang asing tanpa izin (Pati) manakala 25 lagi masih hilang, di perairan Tanjung Balau, di sini, awal pagi hari ini.

Timbalan Pengarah Operasi Agensi Penguat kuasa Maritim Malaysia (APMM) Johor, Kepten Maritim Simon Templer Lo Ak Tusa berkata, keadaan cuaca buruk dengan laut yang bergelora serta hujan lebat itu, direkodkan sudah berlaku sejak seminggu lalu.

Katanya, keadaan cuaca buruk itu juga menyebabkan operasi carilamat yang dimulakan jam 8.30 pagi terpaksa dihentikan sementara sebelum disambung petang ini.

"Operasi carilamat ini disertai 159 anggota daripada APMM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) namun kami berdepan kesukaran kerana ombak besar dan cuaca buruk di laut.


"APMM sudah mengaktifkan Op Carilamat pada jam 8.30 pagi tadi dan mengatur gerak helikopter AW 139 Agusta, kapal KM Tegas dan bot Petir 50.


"Namun semua aset terutama helikopter terpaksa berpatah balik berikutan cuaca buruk pagi dan tengah hari tadi.

"Ketika insiden kejadian ketinggian ombak dilaporkan antara 3.7 hingga 4.5 meter berbanding keadaan biasa pula ombak di bawah 3.2 meter," katanya pada sidang media di Pusat Operasi Carilamat di Pantai Tanjung Balau, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pegawai Memerintah Rejimen ke-7 Artileri Diraja Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Leftenan Kolonel Mohamed Ridzal Radzuan.

Dalam pada itu, Simon berkata, perkara lebih utama pihaknya adalah mencari dalang sebenar yang mendalangi kemasukan Pati ke perairan Johor Timur.

Katanya, beliau sendiri sudah diarahkan Ketua Pengarah APMM Datuk Mohd Zubil Mat Som supaya menjejaki dalang kemasukan Pati menerusi perairan Johor Timur.

"APMM Johor sememangnya bekerjasama dengan ATM PDRM bagi memastikan Johor Timur yang dijadikan kawasan panas kemasukan Pati dapat dibanteras.

"Saban tahun insiden bot karam yang mengorbankan banyak nyawa Pati sering berlaku dan dilaporkan, oleh itu APMM, ATM dan PDRM akan bekerjasama dengan Konsulat Indonesia di Johor Bahru bagi mengekang kemasukan secara haram ini yang akhirnya berakhir tragedi seperti ini," katanya.

Sementara itu, wakil Konsulat Indonesia yang enggan mendedahkan namanya berkata, beliau dan dua wakil konsulat sudah berada di Pantai Tanjung Balau sejak jam 1 tengah hari lagi.

Katanya, Konsulat Indonesia Johor Bahru dimaklumkan kes berkenaan oleh PDRM sejak pagi tadi.

"Kami menunggu laporan daripada pihak berkuasa Malaysia sebelum dapat memberikan kenyataan rasmi dalam masa terdekat.

"Ini kerana tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada mangsa terkorban dan mangsa terselamat setakat ini.

"Bagaimanapun, kami mengikuti dengan rapat perkembangan kes ini bagi memastikan apa jua maklumat yang diperlukan pihak Malaysia akan kami salurkan," katanya.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2021 08:42 PM | Show all posts

Bot yang dinaiki PATI karam akibat cuaca buruk di Tanjung Balau, Kota Tinggi. - Foto ihsan TDM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2021 11:45 AM | Show all posts
MAYAT lima mangsa yang ditemukan pagi ini. FOTO Ihsan APMM
Kota Tinggi: Lima mayat pendatang asing tanpa izin (Pati) dalam insiden bot karam di perairan Tanjung Balau, di sini, ditemukan berhampiran lokasi kejadian awal, pagi tadi.

Timbalan Pengarah Operasi Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) Johor, Kepten Maritim Simon Templer Lo Ak Tusa berkata, mayat yang ditemukan, tiga lelaki dan dua wanita.

Katanya, mayat pertama (lelaki) ditemukan 6.45 pagi pada jarak 10 meter (m) dari Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) di Pantai Tanjung Balau.

"Ia diikuti mayat kedua (lelaki) ditemukan pada 6.52 pagi dengan jarak masing-masing 100 m dari PHC.



"Dua Mayat lagi iaitu masing-masing lelaki dan perempuan ditemukan pada 7.30 pagi, dua kilometer (km) dari PHC.

"Mayat kelima (wanita) pula ditemukan pada 7.45 pagi dengan jarak 2.5 km dari PHC," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Simon, dengan penemuan ini, ia menjadikan jumlah keseluruhan mangsa ditemukan seramai 30 orang iaitu 14 mangsa selamat, dan 16 mangsa meninggal dunia.

Katanya, APMM bersama agensi lain akan meneruskan operasi mencari dan menyelamat (Op Carilamat) bagi mengesan 20 mangsa yang masih belum ditemukan.

Ia susulan tragedi bot yang membawa kira-kira 50 Pati, karam di perairan itu, semalam.

"Op Carilamat hari ini, membabitkan keluasan 147 batu nautika meliputi pencarian di sekitar perairan Tanjung Balau dengan kekuatan aset Kapal Maritim (KM) Tegas dan bot Petir 50 Maritim Malaysia serta aset-aset daripada agensi lain.

"Pencarian sektor udara seluas 76.5 batu nautika dengan menggunakan sebuah pesawat udara AW139 milik APMM," katanya.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2021 02:33 PM | Show all posts

Anggota APM memantau keadaan di pantai di Tanjung Balau di Kota Tinggi semalam. Foto Nur Aisyah Mazalan



Kota Tinggi: Tiga pesawat udara digerakkan pada hari ketiga operasi mencari dan menyelamat (Op Carilamat) susulan tragedi bot karam di perairan Tanjung Balau di sini, Rabu lalu.

Timbalan Pengarah Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Johor Kepten Maritim Simon Templer Lo Ak Tusa berkata, sebuah helikopter AW139 dari agensi itu, sebuah dari Pasukan

Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia (PDRM), manakala sebuah lagi helikopter Mi-17 daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) digerakkan bagi pencarian udara hari ini.

Menurutnya, Op Carilamat yang memasuki hari ketiga hari ini dengan usaha bagi mengesan 17 mangsa yang dipercayai masih hilang diteruskan.



"Sehingga 8 pagi ini, tiada sebarang penemuan baharu ditemui. Penemuan lapan mayat pada hari kedua semalam menjadikan keseluruhan mangsa yang ditemui kekal 19 orang pendatang asing tanpa izin (Pati) maut, 17 masih hilang, manakala 14 orang selamat.

Sektor pencarian hari ini diperluaskan sehingga 214.8 batu nautika persegi membabitkan Tanjung Balau hingga ke Tanjung Penawar.

"Pencarian di laut pula membabitkan lima aset laut iaitu sebuah kapal APMM iaitu KM Tegas selaku 'On Scene Coordinator', sebuah bot Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan dua aset Pasukan Polis Marin (PPM) iaitu sebuah kapal dan sebuah bot," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam kejadian pada awal pagi Rabu lalu, bot pancung yang membawa 50 Pati dari Lombok dan transit di Batam, karam dibadai ombak dalam kejadian di perairan Tanjung Balau.

Disiarkan pada: Disember 17, 2021 @ 9:37am



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2021 07:54 PM | Show all posts


Timbalan Pengarah Operasi APMM Johor, Kepten Maritim Simon Templer Lo Ak Tusa (tengah). FOTO IHSAN MARITIM MALAYSIA


Kota Tinggi: Pencarian baki 16 Pendatang Asing Tanpa Izin (Pati) yang masih hilang dalam insiden bot pancung terbalik di perairan Tanjung Balau, Kota Tinggi di sini, mendapat kerjasama dari negara jiran, Singapura dan Indonesia.

Timbalan Pengarah Operasi APMM Johor, Kepten Maritim Simon Templer Lo Ak Tusa berkata setakat ini kerjasama daripada negara jiran amat baik.

Katanya pihaknya menggunakan kaedah Navigational Telex (NAVTEX) dan e-mail yang disalurkan Pusat Penyelarasan Carilamat Maritim (MRCC) Putrajaya kepada pusat carilamat negara jiran.

"Kita juga sudah maklum dari awal kejadian ini. Secara rasmi tentang kejadian ini juga telah dimaklumkan kerajaan Malaysia melalui MRCC Putrajaya dan Kementerian Luar kepada negara jiran.


"Pihak Kementerian Luar dan wakil konsulat Indonesia juga telah ada sejak hari pertama kejadian berlaku.


"Kerjasama tersebut bagi memastikan kedua negara berkenaan berhubung dengan pihak Malaysia jika menemui sebarang penemuan," katanya pada sidang media di Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) Tanjung Balau, di sini, hari ini.

Simon turut memaklumkan sehingga pukul 3 petang tadi, tiada penemuan mayat dilaporkan pasukan penyelamat.

"Ia sekali gus menjadikan jumlah mangsa dipercayai masih hilang kekal 16 orang.

"Kawasan pencarian diperluaskan pada hari ini, disebabkan petunjuk pada hari ketiga, semalam selepas menjumpai satu mayat di perairan Tanjung Punggai, Pengerang.

"Keadaan cuaca tidak menentu hujan dan ombak besar menghadkan penglihatan sewaktu operasi mencari dilakukan," katanya.

Semalam, terdapat satu mayat lelaki ditemui di Perairan Tanjung Punggai, manakala salah seorang daripada 14 mangsa yang selamat disahkan meninggal dunia akibat lemas.

Ia menjadikan jumlah mangsa yang ditemui 34 iaitu 21 meninggal dunia, 13 selamat dan 16 lagi masih hilang.

Kelmarin, lapan mayat lagi ditemui pada hari kedua operasi dengan 11 mayat ditemui terdampar di Pantai Tanjung Balau pada pagi Rabu.

Disiarkan pada: Disember 18, 2021 @ 6:25pm


Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 12:28 PM GMT+8 , Processed in 0.054070 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list