CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1350|Reply: 0

[Borneo] Merdeka 118 kini sah bangunan tertinggi di Asia Tenggara & kedua tertinggi di dunia

[Copy link]
Post time 7-12-2021 12:08 AM | Show all posts |Read mode


Mercu tanda baharu negara, Merdeka 118 kini secara rasminya telah menjadi menara tertinggi di Malaysia dan Asia Tenggara. Pencapaian itu direkodkan setelah penyempurnaan puncak menara itu berlangsung semalam (30 November 2021).

Kedua Tertinggi Di Dunia

Menara yang mempunyai 118 tingkat dengan ketinggian 678.9 meter itu juga telah dinobatkan sebagai menara kedua paling tinggi di dunia selepas Burj Khalifa, Dubai setinggi 828 meter. Sebelum ini, kedudukan menara kedua tertinggi itu telah dipegang oleh Shanghai Tower pada ketinggian 632 meter.

Difahamkan, Merdeka 118 yang diinspirasikan dari figura Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Al-Haj ketika melaungkan merdeka itu akan menempatkan 83 tingkat pejabat manakala selebihnya akan menjadi bilik hotel mewah Park Hyatt.

Dek Pemerhatian Tertinggi Di Dunia

Pada tingkat bawah menara ini pula akan menempatkan pusat membeli-belah yang baharu selain terdapat masjid,taman awam serta beberapa kemudahan yang lain.

Antara tarikan utama Merdeka 118 adalah dek pemerhatian yang terletak di atas menara yang merupakan dek pemerhatian tertinggi di Asia Tenggara.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 09:36 PM GMT+8 , Processed in 0.065752 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list