KUCHING: Parti Barisan Nasional (BN) tidak membenarkan mana-mana pihak menggunakan logonya sepanjang tempoh berkempen sehingga hari mengundi Pilihan Raya Negeri ke -12 (PRN-12) Sarawak.
Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ia susulan pihaknya secara rasminya tidak menyertai pilihan raya yang diadakan di negeri ini.
“Kami akan melaporkan perkara ini kepada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sekiranya ada individu atau mana-mana parti yang menggunakan logo BN lambang dacing.
“Kami juga tidak pernah berunding dengan mana-mana pihak, maka sebarang dakyah atau penggunaan lambang dacing tidak pernah dibenarkan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Menurutnya, dia sangat yakin bahawa pengundi di Sarawak telah bersedia dari segi mental dan tidak akan menghadapi sebarang kekeliruan berkenaan isu logo.
sarawakvoice.com/2021/12/04
|