CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 822|Reply: 1

[Sarawak] Individu belum lengkap vaksinasi dari negeri lain, perlu kuarantin

[Copy link]
Post time 4-12-2021 05:57 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Individu dari negeri lain yang belum lengkap vaksinasi dan masuk ke Sarawak perlu menjalani kuarantin wajib selama 10 hari di stesen kuarantin yang ditetapkan.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, mereka juga perlu menjalani ujian saringan RT-PCR pada hari ke-8.

Katanya keputusan itu dibuat sebagai langkah berjaga-jaga daripda risiko penularan varian dibimbangi (VOC) Omicron.

JPBNS berkata keputusan itu susulan daripada kenyataan Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin, terdapat kes pertama positif VOC Omicron telah dikesan di Malaysia dan kes merupakan seorang pelajar di sebuah universiti swasta di Ipoh, Perak.

“Bagi Vaccinated Travel Lane (VTL) Singapura - Malaysia, mereka perlu menjalani kuarantin wajib di stesen kuarantin yang ditetapkan di ‘First Point of Entry’ ke Sarawak.

“Bagi Langkawi Travel Bubble, semua pengembara yang memasuki Sarawak dikehendaki melakukan ujian pengesanan COVID-19 (RT-PCR) tiga hari sebelum berlepas (berada di Langkawi melebihi tujuh hari sebelum memasuki Sarawak),” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

JPBNS berkata itu bagi semua pengembara dari Botswana, Eswatini, Lesotho, Mozambique, Namibia, Afrika Selatan, Zimbabwe dan Malawi) dan negara yang berisiko tinggi dimana berlakunya penularan VOC Omicron.

Katany mereka perlu menjalani kuarantin wajib selama empat belas (14) hari di stesen kuarantin yang ditetapkan di ‘First Point of Entry’ ke Malaysia, tanpa mengira status vaksinasi.

“Selain itu mereka juga perlu menjalani ujian Saringan RT-PCR pada hari ke-12,” katanya.

Manakala kata JPBNS bagi negara-negara lain untuk yang lengkap vaksinasi COVID-19, mereka perlu menjalani kuarantin wajib selama tujuh hari di stesen kuarantin yang ditetapkan dan ujian saringan RT-PCR pada hari ke-5.

Sementara bagi yang belum lengkap vaksinasi COVID-19, mereka perlu menjalani kuarantin wajib selama 10 hari di stesen kuarantin yang ditetapkan dan ujian saringan RT-PCR pada hari ke-8.

JPBNS menegaskan, pengembara dari luar negara wajib melaporkan sejarah perjalanan kepada petugas di lapangan terbang.

Katanya tindakan undang-undang boleh diambil sekiranya memberi maklumat palsu atau gagal melaporkan sejarah perjalanan terdahulu.

JPBNS turut menasihatkan kepada orang ramai agar terus mematuhai arahan kesihatan ditetapkan.


utusanborneo.com.my/2021/12/03



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-12-2021 06:27 PM | Show all posts
Varian Omicron: JPBN perketat syarat masuk ke Sarawak

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) telah memutuskan beberapa strategi kawalan untuk menangani risiko penularan varian Omicron.

Menurutnya, keputusan ini dibuat berdasarkan kenyataan yang telah dikeluarkan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar susulan satu kes telah dikesan di negara ini yang mana melibatkan seorang pelajar sebuah universiti swasta di Ipoh, Perak.

” Bagi semua pengembara dari Bostwan, Eswatini, Lesotho, Mozambique, Namibia, Afrika Selatan, Zimbabwe dan Malawi serta negara yang berisiko tinggi, mereka perlu menjalani kuarantin wajib selama 14 hari di stesen kuarantin yang ditetapkan tanpa mengira status vaksinansi seterusnya menjalani ujian saringan RT-PCR pada hari ke 12.

“Rakyat dari negara-negara lain pula perlu menjalani kuarantin wajib selama tujuh hari dan ujian saringan RT-PCR pada hari ke lima bagi yang telah lengkap vaksinasi.

“Manakala kuarantin wajib selama 10 hari dan ujian saringan RT-PCR pada hari ke-10 bagi yang belum lengkap vaksinansi,” jelas JPBN dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu, bagi kemasukan dari negeri lain, JPBN berkata kuarantin wajib selama 10 hari dan ujian saringan RT-PCR pada hari ke-8 bagi individu yang belum lengkap divaksin.

“Individu yang mempunyai Vaccinated Travel Lane (VTL) Singapura – Malaysia perlu menjalani kuarantin wajib di stesen kuarantin yang ditetapkan.

“Manakala pengembara yang memegang status Langkawi Travel Bubble perlu melakukan ujian pengesanan Covid-19 (RT-PCR) tiga hari sebelum berlepas iaitu mereka yang berada di Langkawi melebihi tujuh hari sebelum memasuki Sarawak,” ujarnya.

Dalam kenyataan sama, JPBN mewajibkan semua pengembara dari luar negara melaporkan sejarah perjalanan kepada petugas di lapangan terbang.


by Suaraswk
December 3, 2021



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 10:47 PM GMT+8 , Processed in 0.112518 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list