View: 606|Reply: 0
|
[Sabah]
Covid-19 03/12/2021
[Copy link]
|
|
Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 374 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 234,501 kes. Sebanyak dua (2) kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu satu (1) kes di Beaufort dan satu (1) lagi kes di Pitas. Bilangan kematian ini tidak semestinya berlaku dalam tempoh 24 jam. Ada kes kematian yang mengambil masa untuk verifikasi dan dilaporkan kemudian daripada tarikh sebenar. Takziah diucapkan kepada keluarga yang terlibat.
Bilangan pesakit COVID-19 sembuh ialah 454 (termasuk yang discaj dari hospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 224,242 orang. Manakala 1,408 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 615 orang di hospital, 768 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam, 23 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara dan dua (2) orang di fasiliti swasta. Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 65 orang merangkumi 62 di ICU/repurposed kritikal care serta tiga (3) di open ward (HDW/kubikel akut dan 25 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated). Manakala bilangan pesakit stage empat (4) dan lima (5) yang masih belum lengkap vaksin ialah 39 (22.81%).
Kedudukan Kes Positif COVID-19
a. Jumlah kes baharu COVID-19 bagi Negeri Sabah hari ini ialah 374 kes, penurunan 53 kes berbanding jumlah semalam.
b. Kota Kinabalu kekal sebagai daerah yang mencatatkan kes tertinggi dengan 61 kes dan diikuti Tuaran dengan 60 kes. Tidak banyak perubahan di daerah-daerah lain kecuali Penampang yang mencatatkan penurunan 46 kes dan Kota Kinabalu turun 17 kes berbanding jumlah semalam.
c. Daripada 374 kes di Sabah hari ini, 97% adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2 yang hanya memerlukan rawatan dan pemantauan di rumah atau di PKRC sahaja. Sebanyak empat (4) pesakit dalam Kategori 3, seorang dalam Kategori 4 dan tiada pesakit dalam Kategori 5. Enam (6) pesakit lain masih dalam penilaian lanjut JKNS.
d. Seperti yang diumumkan oleh Menteri Kesihatan pagi tadi, varian baru Omicron sudah dikesan di negara ini. Belum banyak yang diketahui mengenai Varian COVID-19 ini yang dikatakan mampu merebak dalam kadar yang lebih cepat. Semua rakyat digesa mengambil perhatian perkembangan terbaru ini secara serius dan mengambil langkah-langkah melindungi diri daripada terdedah kepada jangkitan. Patuhi semua SOP dan nasihat KKM dan pastikan perolehi vaksin yang lengkap.
e. Seluruh daerah di Negeri Sabah mencatatkan perubahan angka kes positif COVID-19 yang tidak statik dengan jumlah catatan sebanyak (189) kes daripada Saringan Kontak Rapat, dapat disimpulkan masih terdapat kebarangkalian tinggi berlakunya aktiviti ketidakpatuhan SOP yang telah digariskan sungguhpun pelbagai seruan dan saranan telah dilakukan oleh pihak Kerajaan.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|