|
JOHOR BAHRU: Mayat seorang kanak-kanak yang sudah busuk dan mereput ditemui di Sungai Kampung Desa Makmur berdekatan Jalan Anggerik Putih Majidee di sini, pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau, Shamsul Khomari Bakar, berkata mayat mangsa ditemui 1.5 meter dari tebing sungai berkenaan.
Katanya, pihaknya menerima panggilan daripada pihak polis pada jam 10.43 pagi tadi bagi membantu mengangkat mayat kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan tiga tahun.
"Kami tidak dapat kenal pasti sama ada mayat kanak-kanak ini warganegara atau bukan. Malah, jantina juga tidak diketahui kerana mayat telah reput.
"Mayat juga dipercayai sudah dimakan haiwan seperti biawak dan ikan. Belakang tengkorak sudah pecah, rambut dan otak juga telah tiada.
"Difahamkan, mayat ditemui orang awam yang terhidu bau sangat busuk di lokasi berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Shamsol Khomari berkata, setakat minggu ini pihaknya tidak menerima laporan kanak-kanak hilang atau lemas di sungai.
credit
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|