Edited by FanTasyCreaTioN at 3-12-2021 07:35 AM
Isu kerosakan dokumen-dokumen penting sering terjadi dan dilaporkan, terutamanya bagi Sijil Kelahiran individu.
Ramai lagi yang masih tertanya-tanya adakah boleh dikeluarkan salinan atau cabutan Sijil Kelahiran baharu sekiranya sijil asal mengalami kerosakan atau hilang.
Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menerusi posting di laman Facebooknya.
Menurut JPN, ibu atau bapa, pemilik Sijil Kelahiran atau wakil sah, seperti waris atau peguam boleh memohon sendiri Cabutan Sijil Kelahiran yang hilang atau rosak.
Orang ramai boleh datang sendiri ke mana-mana kaunter JPN yang berdekatan dengan membawa dokumen-dokumen penting, seperti Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri.
Seterusnya, anda juga diminta untuk mengisi Borang JPN.LM15 yang disediakan dan akan dikenakan bayaran tunai sebanyak RM5.00 bagi setiap Cabutan Sijil Kelahiran.
Bagaimana nak dapatkan Cabutan / Salinan Sijil Kelahiran yang diperakui sah sekiranya Sijil Kelahiran asal rosak atau hilang?
|