CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 574|Reply: 0

[Sarawak] Petronas temui gas dari telaga di wilayah Baram

[Copy link]
Post time 2-12-2021 11:06 AM | Show all posts |Read mode
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) hari ini mengumumkan penemuan gas dari telaga penerokaan Nangka-1 di Blok SK417, terletak di perairan cetek Wilayah Baram kira-kira 180 kilometer dari pantai Sarawak.

Telaga Nangka-1 telah berjaya digerudi sehingga jumlah kedalaman 3,758 meter pada September 2021.

“Gas itu ditemui di takungan klastik Miocene Kitaran 6 Tengah hingga Akhir, sekali gus mengesahkan potensi hidrokarbon di kawasan sekitar,” menurut perbadanan petroleum bersepadu sepenuhnya Malaysia itu dalam kenyataan.

PTTEP HK Offshore Ltd merupakan pengendali untuk Blok SK417 dengan 80 peratus kepentingan penyertaan manakala Petronas Carigali Sdn Bhd memegang baki 20 peratus.

Blok itu telah diberikan pada Mac 2018 berikutan Pusingan Bidaan Malaysia 2017.

Naib Presiden Kanan Pengurusan Petroleum Malaysia Petronas Mohamed Firouz Asnan berkata kejayaan telaga Nangka-1 itu menjadikannya penemuan gas yang kedua di Wilayah Baram pada tahun ini.

“Penemuan gas bebas bahan cemar di Nangka-1 mengesahkan peluang gas di kawasan itu dan seterusnya menaik taraf Wilayah Baram.

“Penemuan gas kedua ini memberi kekuatan baharu kepada Wilayah Baram, yang merupakan sebahagian daripada wilayah Delta Baram, menunjukkan potensi untuk lebih banyak penemuan di kawasan berhampiran.

“Wujudnya kemudahan sedia ada di rantau ini akan membolehkan Kontraktor Pengaturan Petroleum (PAC) mengewangkan penemuan mereka dengan lebih cepat dan lebih murah melalui penyelesaian menyeluruh,” katanya.

Pada Februari lepas, Petronas mengumumkan penemuan gas baharu di telaga penerokaan Dokong-1 dalam blok sama Wilayah Baram.

Maklumat lanjut mengenai peluang pelaburan di Malaysia, layari https://www.petronas.com/mpm/.

- Bernama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 09:57 PM GMT+8 , Processed in 0.294238 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list