View: 552|Reply: 0
|
[Sarawak]
Pemandu selamat, kereta terbakar 100 peratus
[Copy link]
|
|
Seorang lelaki sempat bertindak keluar dari kereta dipandunya sebelum kenderaan tersebut terbakar di Jalan Kuching-Serian Batu 14, kira-kira jam 12.19 malam tadi.
Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, insiden berlaku setelah kereta dipandu mangsa terbabas di bahu jalan, namun mangsa sempat keluar dari kenderaan dan ditemui selamat.
“Setibanya pasukan operasi di lokasi kejadian, kenderaan mangsa dijumpai terbakar 100 peratus.
“Pasukan Bomba dan Penyelamat (BBP) Siburan bertindak memadam kebakaran dengan menggunakan hosereel dan api berjaya dikawal pada jam 12.42 malam,” kata kenyataan itu.
Selain itu katanya, operasi menyelamat tamat pada jam 12.47 malam.
credit
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|