CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 550|Reply: 0

[Sarawak] Tiada keperluan jenamakan semula Sabah, Sarawak sebagai ‘tanah besar Malaysia’

[Copy link]
Post time 2-12-2021 10:13 AM | Show all posts |Read mode
Berita berkaitan :
https://b.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=5008366


KUALA LUMPUR: Tiada keperluan bagi Sabah dan Sarawak dijenamakan semula sebagai “tanah besar Malaysia” kerana ia tidak menambah apa-apa bagi kedua-dua negeri Borneo itu, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Hanifah Hajar Taib.

Menjawab soalan Wilfred Madius Tangau (UPKO-Tuaran), Hanifah memberitahu Dewan Rakyat hari ini bahawa beliau mengambil maklum cadangan Ahli Parlimen pembangkang itu dan Putrajaya akan mempertimbangkannya jika ada keperluan.

“Bagaimanapun penjenamaan (semula) itu tidak membawa apa-apa makna istimewa. Ia hanya sebagai rujukan mudah dan tidak menambah mahupun menolak sebarang keistimewaan bagi kedua-kedua negeri itu,” katanya.

Tangau bertanya sama ada Putrajaya akan mengkaji penjenamaan semula Sabah dan Sarawak sebagai “tanah besar Malaysia”, memandangkan ia merangkumi 60% keluasan negara.

Hanifah berkata, istilah “tanah besar Malaysia” tidak pernah digunakan dalam Perlembagaan Persekutuan dan mana-mana undang-undang sedia, dengan “Malaysia Timur” dan “Semenanjung Malaysia” adalah istilah utama yang digunakan.

“Takrifan sedemikian tidak merujuk kepada keluasan kawasan negeri-negeri di Malaysia Timur dan Semenanjung Malaysia, mahupun perbezaan dari segi kedudukan sebagai wilayah.

Kerajaan berpandangan istilah sedia ada sudah memadai,” tambahnya.


credit

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 10:05 PM GMT+8 , Processed in 0.499218 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list