CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 582|Reply: 0

[Sabah] 24 pelajar Politeknik Sandakan dijangkiti COVID-19

[Copy link]
Post time 2-12-2021 09:23 AM | Show all posts |Read mode
KOTA KINABALU: Seramai 24 Politeknik Sandakan dijangkiti COVID-19, sekali gus mencetuskan Kluster Sungai Batang di Sabah, semalam.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata, kluster itu tercetus selepas seorang pelajar lelaki 19 tahun, bergejala demam dan batuk sejak 12 November lalu disahkan positif COVID-19.

"Saringan kontak rapat terhadap 29 pelajar serta dua orang kakitangan seterusnya mendapati 24 kes positif termasuk 11 kes baharu dalam kalangan pelajar asrama institusi berkenaan," katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

Masidi yang juga dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri berkata, jumlah kes harian COVID-19 semalam kekal mencatatkan sebanyak tiga angka.

"Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Sabah (JKNS), jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini (semalam) adalah sebanyak 467 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 233,700 kes.

"Sebanyak tujuh kes kematian dilaporkan hari ini iaitu empat kes di Kota Kinabalu manakala masing-masing satu kes di Kudat, Tuaran dan Lahad Datu.

"Bilangan pesakit COVID-19 sembuh ialah 464 orang menjadikan jumlah kumulatif 223,313 orang.

"Seramai 1,447 pesakit menerima rawatan iaitu 623 orang di hospital, 797 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam, 24 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan tiga orang di fasiliti swasta," katanya.

credit

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 09:59 PM GMT+8 , Processed in 0.737862 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list