CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 515|Reply: 0

[Sarawak] Tiga pemandu mabuk diberkas

[Copy link]
Post time 1-12-2021 10:10 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Tiga pemandu diberkas kerana didapati memandu di bawah pengaruh alkohol dalam Ops Mabuk di Jalan Bandar Baharu Batu Kawa (MJC) malam Selasa.


Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Sarawak Superintenden Alexson Naga Chabu berkata ketiga-tiga yang diberkas adalah antara 180 individu yang diperiksa sepanjang operasi tersebut.

Menurutnya, operasi oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan yang diketuai Timbalan Ketua JSPT Sarawak DSP Mathew Manggie dijalankan dari jam 10 malam hingga 1.30 pagi ini.

"Dalam operasi tersebut, sebanyak 147 buah kenderaan diperiksa dan 121 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik. Seramai 180 orang diperiksa dan tiga individu ditangkap kerana didapati positif memandu di bawah pengaruh alkohol," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Jelasnya, mereka yang ditangkap gagal melepas ujian pernafasan menggunakan mesi Evidential Breath Analyzer (EBA) untuk pengesahan kandungan alkohol dalam badan.
Selain itu, terdapat dua buah motosikal turut disita dalam operasi tersebut atas pelbagai kesalahan.

Motosikal yang disita disiasat di bawah Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987.


utusanborneo.com.my/2021/12/01

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 10:02 PM GMT+8 , Processed in 0.578407 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list