BETONG: Seorang remaja lelaki cedera selepas tangannya tersepit pada mesin pengisar tebu dalam kejadian di Taman Kenanga Indah, di sini, hari ini.
Menurut Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Betong Henry Jugah, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian kira-kira jam 10.37 pagi.
Katanya, seramai tujuh anggota dari BBP Betong diketahui Edwin Jonani bergegas ke lokasi kejadian.
“Setibanya pasukan bomba ditempat kejadian, didapati mangsa yang berusia 18 tahun telah dihantar oleh rakan sekerjanya ke Hospital Betong.
“Tangan mangsa dipercayai telah berjaya dikeluarkan dari mesin tebu sebelum ketibaan pihak bomba,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, sepasukan unit Perkhidmatan Penyelamat Perawatan Kecemasan (EMRS) telah diarahkan untuk bergerak ke Hospital Betong untuk tindakan susulan dan mengambil maklumat mangsa.
“Mangsa cedera di bahagian jari tangan kiri melibatkan kelima-lima jarinya,” jelasnya.
Sementara katanya, anggota yang berada di lokasi kejadian telah membuat pembersihan pada mesin tersebut.
by suaraswk
November 30, 2021
|