CEDERA: Mangsa dibawa turun ke kaki gunung.
RANAU: Dua pendaki gunung cedera selepas terjatuh daripada melakukan aktiviti paragliding di Gunung Kinabalu, hari ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.30 pagi.
Katanya, kejadian berlaku pada jam 7 pagi apabila kedua-dua mangsa ditemui pada kilometer 7.5 Summit Trail dalam keadaan sedarkan diri.
Menurutnya, berikutan laporan itu, sepasukan empat anggota dan pegawai bersama empat malim gunung bergegas ke lokasi kejadian.
"Setiba di lokasi pada jam 9.30 pagi, mangsa pertama didapati cedera dibahagian lutut namum masih mampu bergerak sendiri turun ke kaki gunung.
"Mangsa kedua didapati bengkak dibahagian lutut kanan dan disyaki mengalami retak tempurung lutut," katanya.
Menurutnya, pasukan keselamatan kemudiannya memberikan rawatan awal dengan mencuci luka pada mangsa.
Katanya, mangsa kedua kemudian diberikan balutan anduh sebelum diangkat menggunakan strectcher untuk turutn ke kaki gunung.
utusanborneo.com.my/2021/11/30
|