CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 511|Reply: 2

[Sabah] Covid-19 25/11/2021

[Copy link]
Post time 25-11-2021 10:02 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 25-11-2021 02:10 PM



COVID-19 : Empat Daerah Catat Penurunan Kes Jangkitan

KOTA KINABALU : Empat daerah di Sabah yang sering menjadi penyumbang tinggi kes jangkitan COVID-19 di negeri ini telah mencatat penurunan yang banyak pada hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, antara daerah terlibat ialah Kota Kinabalu, Ranau, Tuaran dan Kota Belud.
“Jumlah kes harian di Sabah hari ini turun 109 kes berbanding jumlah semalam menjadikan jumlah kes baharu sebanyak 513 kes.

“Pada hari ini juga, Kota Kinabalu turun 37 kes berbanding jumlah semalam, Ranau turun 14 kes, Tuaran turun 31 kes dan Kota Belud turun 10 kes,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, meskipun mencatat penurunan, empat daerah ini kekal penyumbang tertinggi kes harian di Sabah.

Katanya, sebanyak 14 daerah merekodkan penurunan kes harian dan lapan daerah pula mencatat jumlah kes yang bertambah sementara lima daerah mencatatkan jumlah kes yang sama seperti sebelumnya.

“Tidak ada kes baharu di Kunak, Tongod dan Kalabakan. Secara keseluruhan peratusan kes sporadik masih tinggi iaitu seramai 191 orang atau 37.2 peratus daripada 513 pesakit yang dilaporkan hari ini.

“Seramai 500 orang daripada 513 pesakit adalah dalam Kategori 1 dan 2, iaitu tidak bergejala atau sekadar bergejala ringan,” katanya.

Katanya, hanya dua orang dalam Kategori 3, dua orang dalam Kategori 4 dan juga dua orang dalam Kategori 5.

“Seramai tujuh pesakit masih dalam penilaian Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS),” katanya.


sabahmedia.com/2021/11/25

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-11-2021 10:17 PM | Show all posts
COVID-19: Lagi Kluster Baharu Sabah Libatkan Kilang Sawit
KOTA KINABALU: Satu kluster baharu dilaporkan di Sabah hari ini iaitu Kluster Sawit Biru, Kinabatangan merupakan kluster jenis tempat kerja.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kluster tercetus dari tempat kerja melibatkan sebuah kilang sawit di Kinabatangan.

“Kes indeks merupakan seorang wanita bukan warganegara berumur 41 tahun bekerja sebagai pembersihan di kilang sawit berkenaan.

“Beliau didapati positif COVID-19 setelah menjalani ujian saringan RTK-Ag di klinik swasta di Lahad Datu pada 22 November 2021 dan telah dirujuk ke Hospital Kinabatangan untuk rawatan selanjutnya,” katanya.

Susulan kes tersebut, aktiviti persampelan kontak seterusnya mendapatiseramai 13 orang kontak sosial, pekerja dan tanggungan telah didapati positif COVID-19 dan telah di kuarantin serta diberi rawatan yang sesuai.

Manakala jumlah kumulatif kes positif untuk kluster ini adalah seramai 14 orang.


sabahmedia.com/2021/11/25



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2021 10:28 PM | Show all posts
Lima kematian akibat COVID-19 di Sabah

KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan lima kematian disebabkan COVID-19 iaitu dua kes di Beaufort manakala Nabawan, Tuaran dan ibu negeri masing-masing merekodkan satu kes kelmarin.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata kematian ini bagaimanapun tidak statik berlaku dalam tempoh 24 jam dan terdapat kes kematian yang mengambil masa untuk verifikasi dan dilaporkan kemudian daripada tarikh sebenar.

Bagi tempoh sama katanya 1,656 lagi pesakit COVID-19 sedang menerima rawatan iaitu 671 pesakit ditempatkan di hospital, 967 di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan 18 lagi di Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan Penjara.

“76 pesakit dilaporkan memerlukan penjagaan kritikal merangkumi 70 di Unit Rawatan Rapi (ICU) atau repurposed kritikal care serta enam di wad kubikel akut dan 29 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

“64 pesakit bersamaan 30.48 peratus direkodkan sebagai pesakit tahap empat dan lima dan masih belum lengkap menerima vaksin,” katanya.

Dalam perkembangan lain Masidi berkata dua tangkapan dibuat mengikut Enakmen Pelabuhan Dan Dermaga Sabah 2002 serta Akta Perikanan 1985 Dan Akta Imigresen 1959/63.

Katanya tangkapan dibuat sepanjang  Penguatkuasaan SOP COVID-19 di perairan laut Sabah oleh Pasukan Polis Marin (PPM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang melibatkan 130 pemeriksaan di kawasan Pantai Timur dan 43 pemeriksaan di perairan Kota Kinabalu dan Labuan.

“Seorang lagi individu turut dikompaun kerana gagal mendaftar aplikasi MySejahtera dan buku pendaftaran semasa memasuki premis di Penampang dalam pemeriksaan Pihak Berkuasa Tempatan terhadap 978 premis perniagaan keseluruhan dibawah kawalan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan,” katanya.


utusanborneo.com.my/2021/11/25




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 07:57 AM GMT+8 , Processed in 0.168482 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list