KUCHING: Kerajaan Sarawak terus menyediakan perumahan mampu milik kepada golongan B40 dan M40 di negeri ini untuk memiliki kediaman sendiri.
Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, terbaharu kerajaan negeri menyediakan sebanyak 486 unit rumah pangsapuri dengan kemudahan Dewan Serbaguna serta pos kawalan sekuriti.
Menurut beliau, pembinaan projek perumahan itu dilaksanakan oleh Lee Onn Development.
Beliau berkata demikian semasa Majlis Pecah Tanah Rumah Mampu Milik Sri Pertiwi Projek Eden Parade di Jalan Batu Kawa di sini pada Selasa.
Tambah beliau, projek tersebut juga merangkumi 312 unit rumah tiga tingkat untuk fasa pertama yang bakal siap pada penghujung 2023.
Dalam program sama, beliau turut menyaksikan sumbangan daripada Pengerusi Lee Onn Development,Dato Tan Guek Kee kepada Sarawak Heart Foundation sebanyak RM100,00 dan RM50,000 kepada Sarawak Children’s Cancer Society.
sarawakvoice.com/2021/11/24
|