CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 533|Reply: 1

[Sarawak] Fiber optik akan dipasang di setiap kawasan perumahan

[Copy link]
Post time 24-11-2021 10:19 PM | Show all posts |Read mode


RASMI: Abang Johari (empat kiri), Reezal Merican (tiga kiri) dan Dr Sim (lima kiri) dan yang lain, bersama-sama menyempurnakan majlis pecah tanah Projek Perumahan Rakyat Permyjaya Fasa 3 di Miri, hari ini.

MIRI: Kerajaan negeri Sarawak akan memasang fiber optik di setiap kawasan perumahan yang dibangunkannya di negeri ini, bagi melengkapkan 'ekosistem' dalam perumahan yang memerlukan kemudahan keperluan internet pada hari ini.

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata ia mungkin perkara baru, namun kerajaan negeri bersedia untuk mengikuti peredaran zaman, bagi memastikan rakyatnya di setiap kawasan perumahan mempunyai akses mudah kepada internet terutama untuk aspek pendidikan dan perniagaan.

"Satu lagi utiliti baru yang perlu dibekalkan iaitu fiber optik, di setiap kawasan perumahan. Dengan adanya internet, ia melengkapkan kemudahan sesebuah perumahan.

"Ia mungkin perkara baru, namun kerajaan negeri sentiasa mengikut peredaran zaman dan Kerajaan Negeri Sarawak pula merupakan sebuah kerajaan yang berwawasan," katanya semasa berucap merasmikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) bersama Kumpulan Syarikat Naim (NAIM) dan majlis pecah tanah Projek Perumahan Rakyat Permyjaya Fasa 3, di sini hari ini.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican serta Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, Dato Sri Dr Sim Kui Hian.

Dalam perkembangan berkaitan, Abang Johari berkata bagi membantu rakyat menyelesaikan masalah pinjaman dengan pihak bank terutama dalam kalangan B40, pekerja sektor swasta dan golongan peniaga, kerajaan negeri telah mencari jalan untuk menyelesaikan masalah ini membayar deposit rumah untuk rakyat, menerusi syarikat kewangan Mutiara Mortgage & Credit.

Katanya, dengan adanya kerajaan membayar deposit untuk rakyat, maka pembeli hanya membayar harga rumah sahaja dan boleh memiliki kediaman mereka sendiri.

"Kita mungkin antara satu-satunya kerajaan negeri yang berbuat demikian. Saya tidak takut untuk membayar deposit dahulu kerana rezeki Sarawak bertambah.

"Bila kita ada rezeki, kita urus kewangan dan ekonomi kita dengan baik, maka kita dapat memberi balik kepada rakyat," katanya lagi.

Abang Johari berkata, bermula tahun lalu, kerajaan negeri memulakan polisi projek perumahan yang baru itu untuk rakyatnya, dengan menanggung kos menembok tanah dan membekalkan utili elektrik dan air, di samping menyediakan kemudahan jalan raya berturap dan parit konkrit.

"Apabila sudah siap, kita bina rumah. Pembeli pula hanya perlu membayar harga rumah yang sudah siap. Yang lain (kerajaan negeri) GPS tanggung.

"Biasanya asas kos sebegini mencecah sehingga RM150,000 bagi setiap lot dan kos rumah lebih kurang RM150,000. Apabila mereka dapat rumah atas dasar ini (polisi baru), mereka hanya perlu bayar RM150,000 sahaja (kos rumah)," katanya.

Beliau berkata ia adalah pendekatan baru, yang diperkenalkan tahun lepas dan antara projek yang sudah berjaya ialah Kampung Kemuyang di Sibu, perumahan di Sungai Bedaun, Kuching dan terbaru ialah pelancaran sebanyak 70,000 lot di Bintulu, pada Selasa lalu.

Manakala di Miri, katanya, lokasi sudahpun dikenal pasti untuk projek yang serupa.

Abang Johari berkata, usaha membangunkan perumahan ini adalah perlu ketika ini, untuk menampung penghijrahan oleh orang-orang kampung ke bandar-bandar di seluruh negeri, yang semakin bertambah.


utusanborneo.com.my/2021/11/24

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2021 01:50 PM | Show all posts
harap dikotakan janji abg ye

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 07:35 AM GMT+8 , Processed in 0.130215 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list