CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 415|Reply: 0

[Sarawak] COVID-19: 570,616 penerima dos penggalak di Sarawak

[Copy link]
Post time 24-11-2021 10:09 PM | Show all posts |Read mode


Gambar arkib Utusan Borneo Online

KUCHING: Seramai 570,616 orang di negeri ini telah menerima dos penggalak vaksin COVID-19 bermula dari 13 Oktober sehingga 23 November.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerusi kenyataan memberitahu mereka yang diberikan keutamaan untuk dos penggalak tersebut adalah individu berusia 40 tahun ke atas, petugas barisan hadapan dan dewasa berpenyakit kronik (komorbid) berusia 18 hingga 59 tahun.

"Aktiviti pemberian dos penggalak ini dilaksanakan di klinik swasta, hospital swasta, klinik kesihatan, Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Awam dan secara mobile outreach. Pemberian dos penggalak di klinik swasta dan hospital swasta adalah secara percuma," katanya.

Tambahnya, mereka yang layak menerima dos penggalak akan mendapat tarikh janji temu melalui MySejahtera untuk hadir di mana-mana fasiliti kesihatan yang telah ditetapkan.

"Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) mengambil maklum tentang rungutan orang ramai mengenai tarikh temu janji bagi dos penggalak yang lambat diterima melalui MySejahtera dan telah menyebabkan mereka terlepas tarikh temu janji tersebut.

"Bagi mereka yang menghadapi isu seperti di atas, mereka boleh menghubungi PPV Awam, klinik kesihatan kerajaan atau klinik swasta yang telah ditetapkan atau mana-mana klinik kesihatan yang terdekat untuk mendapatkan tarikh temu janji baru," katanya.

Jelasnya juga, tarikh temujanji baru akan diberi mengikut kekosongan slot yang ada seawal hari mereka menghubungi PPV berkaitan.

"Justeru orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa memeriksa tarikh temujanji di MySejahtera ataupun menghubungi (pada waktu pejabat) mana-mana PPV yang telah disenaraikan untuk mendapatkan temujanji," ujarnya.


utusanborneo.com.my/2021/11/24




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 07:58 AM GMT+8 , Processed in 0.040053 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list