CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 523|Reply: 1

[Sabah] Covid-19 24/11/2021

[Copy link]
Post time 24-11-2021 03:23 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 24-11-2021 02:07 PM



Kes baharu COVID-19 terus meningkat kepada 622 kes


KOTA KINABALU: Jumlah kes baharu COVID-19 di Sabah terus melambung tinggi melepasi angka 600 menjadikan 622 kes baharu dengan peningkatan sebanyak 96 kes berbanding hari sebelumnya.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata jumlah yang tinggi ini tidak mengejutkan berikutan ianya sudah diramal pada peringkat awal dengan mengambil kira kadar peratusan kes sporadik yang tinggi iaitu hasil saringan bergejala.

“Peratusan kes sporadik secara konsisten berada pada tahap 35 hingga 40 peratus sejak beberapa minggu.

“Jangkitan akan berlaku lebih cepat sekiranya  virus berada dalam kalangan masyarakat yang mengambil ringan keperluan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) serta nasihat penjagaan kesihatan yang lain,” katanya.

Masidi berkata hasil penelitian statistik kes baharu itu, 13 daerah mencatatkan peningkatan kes dengan empat daerah menunjukkan peningkatan yang sangat drastik iaitu Tuaran bertambah 57 kes, Ranau 46 kes, Kota Belud 38 kes dan Kinabatangan 35 kes.

Tambahnya kesemua 39 kes baharu di Kinabatangan adalah daripada Kluster Sawit Jati.

“12 daerah yang lain bagaimanapun mencatatkan penurunan dengan enam daerah menunjukkan penurunan jumlah yang agak meningkat

“Daripada 622 kes baharu yang direkodkan itu 609 kes atau 98 peratus adalah dalam kategori satu dan dua yang lazimnya bukan dalam kategori yang serius.


“Dua lagi pesakit adalah dalam kategori tiga diikuti dua pesakit dalam kategori empat dan tiga pesakit dalam kategori lima manakala enam kes lagi masih dalam penilaian Jabatan Kesihatan Negei Sabah (JKNS),” katanya.


utusanborneo.com.my/2021/11/24




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-11-2021 08:34 AM | Show all posts
4 Daerah Di Sabah Catat Peningkatan Kes Mendadak

KOTA KINABALU: Empat daerah di Sabah telah mencatatkan peningkatan jumlah kes COVID-19 mendadak, semalam.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun, berkata empat daerah itu adalah Kota Kinabalu dengan 109 kes, Tuaran (76); Ranau (65); dan Kota Belud (56).

Katanya, selain itu antara daerah yang mencatatkan peningkatan kes harian COVID-19 adalah Kinabatangan (39); Kudat (26); Lahad Datu (11); Pitas (12); Tenom (22);Kuala Penyu (16); Penampang (35); Beluran (6) dan Tawau (4) kes.

“Sebanyak 12 daerah lagi mencatatkan penurunan dengan enam daerah menunjukkan penurunan jumlah yang agak baik.

“Ia membabitkan Kota Marudu (20); Papar (21); Telupid (5); Beaufort (35); Keningau (11); Sandakan (4); Putatan (12); Tongod (7); Sipitang (15); Tambunan (14); Nabawan (1) dan Semporna (0).

“Namun jumlah keseluruhan kes bagi daerah yang mencatatkan penurunan tidak dapat mengatasi jumlah kes daerah yang mencatatkan pertambahan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Menteri Kewangan II negeri berkata, jumlah kes harian COVID-19 semalam kekal mencatatkan tiga angka.

“Jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini (semalam) adalah sebanyak 622 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 230,645 kes.

“Sebanyak lima kes kematian dilaporkan pada hari ini (semalam) iaitu dua kes di Beaufort manakala masing-masing satu kes di Nabawan, Kota Kinabalau dan Tuaran.
“Bilangan pesakit COVID-19 sembuh ialah 378 menjadikan jumlah kumulatif 219,480 orang.

“Pesakit sedang menerima rawatan pula adalah 1,656 orang iaitu 671 di hospital, 967 di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan 18 di Pusat Tahanan Sementara (PTS),” katanya. – BH Online


sabahpost.net/2021/11/25


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 07:50 AM GMT+8 , Processed in 0.077096 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list