CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 395|Reply: 0

[Sarawak] Sebuah sekolah antarabangsa swasta milik Sarawak beroperasi 1 Mac 2022

[Copy link]
Post time 23-11-2021 07:59 PM | Show all posts |Read mode


Manyin (tiga kiri) selepas melakukan gimik pelancaran hari ini. Turut kelihatan, Abang Hut (kiri pertama) dan Charli (dua kanan).

SERIAN: Sebuah daripada lima buah sekolah antarabangsa swasta yang dibina kerajaan negeri akan mula beroperasi pada 1 Mac tahun depan, kata Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Datuk Amar Michael Manyin Jawong.

Beliau berkata, sekolah berkenaan ditempatkan di premis Sekolah Tunku Putra di Petra Jaya, yang telah dibeli oleh kerajaan negeri.

Manyin juga menyatakan yang kerajaan negeri telah membeli lesen untuk sekolah-sekolah tersebut dan ia bermakna mereka kini boleh melantik guru dan mendaftarkan pelajar.

"Kami mengambil alih daripada premis Sekolah Tunku Putra di Petra Jaya (untuk sekolah pertama). Sekolah yang seterusnya terletak di Batu 12 Kuching - Jalan Serian yang kini dalam pembinaan dan selepas itu Sibu, Bintulu dan Miri.

"Setiap daripada sekolah tersebut akan mempunyai 500 pelajar apabila beroperasi sepenuhnya. Semuanya akan menawarkan sukatan pelajaran yang dibangunkan oleh Universiti Cambridge," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Kolokium Kepimpinan Pendidikan Serian di sini hari ini.

Manyin juga berkata kesemua lima sekolah antarabangsa swasta yang dirancang oleh kerajaan negeri ini akan dikendalikan oleh Yayasan Sarawak.

"Memandangkan sekolah-sekolah ini akan menawarkan sukatan pelajaran Cambridge (berasaskan bahasa Inggeris), pelajar akan menduduki International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) dalam Tingkatan 5 yang dikendalikan oleh Cambridge.

"Kami telah pergi ke Cambridge (untuk tujuan ini) dan sudah tentu kami perlu membayarnya," katanya.

Terdahulu, Manyin dalam ucapan perasmiannya menyeru guru besar dan pengetua yang menghadiri Kolokium untuk membantu mengenal pasti pelajar berpotensi untuk didaftarkan di sekolah antarabangsa tersebut.

"Kami memerlukan guru besar untuk mengesyorkan pelajar yang berpotensi. Apabila dipilih, mereka akan mengikuti sukatan pelajaran Cambridge dan menduduki IGCSE. Itu adalah satu keistimewaan untuk Sarawak," katanya.

Menurut laporan terdahulu, yuran bagi pelajar yang mendaftar ke sekolah-sekolah ini akan disubsidi oleh kerajaan termasuk subsidi penuh untuk mereka yang datang dari keluarga B40.

Dalam pada itu, Manyin turut menasihati mereka yang hadir supaya menumpukan kepada kepimpinan berkesan dan pengurusan cekap bagi memartabatkan pengurusan sekolah mereka.

Beliau berkata, guru besar dan pengetua berdepan dengan cabaran dalam menguruskan sekolah mereka seperti keadaan bangunan usang dan tiada akses jalan yang sewajarnya ke sekolah mereka.

Tambahnya, pusing ganti guru yang tinggi dan meminta pertukaran selepas hanya beberapa tahun, merupakan satu lagi cabaran sukar terutama bagi sekolah di kawasan luar bandar dan pedalaman.

“Sebagai guru besar dan pengetua, bagaimanakah anda akan menangani cabaran sedemikian untuk meningkatkan keputusan sekolah anda?

“Terdapat juga jurang antara sekolah bandar dan luar bandar (dari segi kemudahan) yang merupakan satu lagi cabaran,” katanya.

Kolokium tiga hari yang bermula hari ini, anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Serian disertai sejumlah 80 guru besar dan pengetua.

Antara yang hadir pada majlis perasmian itu ialah Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Sarawak Dr Abang Hut Abang Engkeh dan Pegawai Pendidikan Serian Charli Ungang.
Pengarah Jabatan Pendidikan Sarawak Dr Norisah Suhaili dijadual menutup Kolokium pada Khamis.


utusanborneo.com.my/2021/11/23

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 07:41 AM GMT+8 , Processed in 0.306277 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list