CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 301|Reply: 0

[Sarawak] Tak dapat balik mengundi, tiket mahal?

[Copy link]
Post time 22-11-2021 07:13 PM | Show all posts |Read mode


Penolong Pegawai Daerah Sibu Salehah Hid (empat kanan) menyerahkan borang penamaan calon kepada Chang sambil disaksikan oleh Wong (tiga kiri) dan yang lain.

SIBU: Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelawan David Wong mendakwa kira-kira 400,000 rakyat Sarawak akan terlepas peluang untuk mengundi pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) akan datang.

Beliau berkata, mereka ini adalah pengundi yang bekerja di dalam negara tetapi berada di luar Sarawak yang menghadapi kesulitan untuk pulang mengundi.

"Anda tahu berapa harga tiket kapal terbang untuk perjalanan domestik pada masa ini, kira-kira RM1,500 ke atas.

"Kos ini sangat mahal untuk mereka kembali ke Sarawak untuk mengundi. Lebih-lebih lagi pada masa pandemik ini, sudah pasti ada yang tidak mahu berada di kawasan sesak kerana bimbang dengan jangkitan COVID-19.

"Tetapi lebih mudah untuk rakyat Sarawak di luar negara mengundi (kerana mereka boleh mengundi menerusi undi pos).

"Jadi, 'double standard' jenis apakah ini," katanya ketika ditemui pemberita setelah membeli empat set borang penamaan calon bersama penyandang DUN Bukit Assek Irene Chang di Pejabat Daerah, hari ini.

Sehubungan itu, wakil rakyat dari Parti Tindakan Demokratik (DAP) itu berasa kecewa dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang tidak memandang serius akan isu berkenaan, lebih-lebih lagi dalam masa yang genting ini.

Justeru, beliau memberi cadangan agar SPR membuka pusat undi untuk rakyat Sarawak di luar kawasan Sarawak pada PRN12 akan datang.

"Sebagai contoh, mereka boleh membuka pusat undi di Johor, Selangor, atau di Kuala Lumpur. Kita sudah ada teknologi, jadi mungkin tidak ada masalah," katanya.

Dalam pada itu, Wong menegaskan bahawa pihak SPR mampu untuk menangguh PRN12 sehingga Januari atau Februari tahun depan, tetapi pihak SPR tidak berbuat demikian.

"Mungkin ini disebabkan Undi-18 yang akan mula dilaksanakan Januari 2022. Saya tidak faham, kecuali pihak GPS bimbang dengan Undi-18 yang akan memberi kesan kepada keputusan PRN12.

"Apa-apa pun, darurat telah dimansuhkan dan kita perlu terima keputusan itu. Mandat perlu dikembalikan kepada rakyat untuk menentukan siapa yang akan memerintah untuk lima tahun akan datang," katanya.

Beliau juga mencadangkan agar borang penamaan calon juga dibeli secara dalam talian bagi memudahkan semua calon mendapatkan borang mereka tanpa perlu ke lokasi borang berkenaan dijual.


utusanborneo.com.my/2021/11/22




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 07:33 AM GMT+8 , Processed in 0.079486 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list