CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 363|Reply: 1

[Sarawak] Covid-19 22/11/2021

[Copy link]
Post time 22-11-2021 07:00 PM | Show all posts |Read mode




COVID-19: Sarawak catat 147 kes baharu, tiga kematian

KUCHING: Kes baharu COVID-19 di Sarawak terus menunjukkan penurunan jangkitan dengan merekodkan 147 kes hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kini 249,483 kes.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan memberitahu, daripada jumlah itu sebanyak 46 kes direkodkan di Kuching.

"Ini diikuti Limbang sebanyak 20 kes, Miri (19), Lawas (14) manakala Bintulu dan Sibu masing-masing merekodkan 13 kes," kata kenyataan itu hari ini.

Sementara itu, beberapa daerah merekodkan jumlah kes kurang daripada 10 kes iaitu, Dalat, Kota Samarahan, Kabong, Bau, Mukah, Kapit, Lundu, Saratok, Asajaya, Betong, Sebauh dan Matu.

JPBNS berkata daripada jumlah itu sebanyak dua kes merupakan kategori tiga hingga lima, 99 kes kategori dua manakala 46 kes kategori satu.

Tambahnya, Sarawak turut merekodkan tiga lagi kematian iaitu masing-masing satu di Sibu, Mukah dan Serian antara 19 hingga 21 November.

"Kesemua kes kematian itu mempunyai sejarah latar belakang penyakit," katanya.

Berhubung kluster di Sarawak, tiada kluster baharu direkodkan menjadikan jumlah kluster aktif setakat ini kekal enam kluster.

Polis hari ini turut mengeluarkan sebanyak 12 notis kompaun iaitu 11 kompaun di Kuching manakala satu di Sibu kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan.


utusanborneo.com.my/2021/11/22

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-11-2021 07:01 PM | Show all posts







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 07:30 AM GMT+8 , Processed in 0.116789 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list