CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1123|Reply: 0

[Sarawak] Jambatan Sejingkat, Jalan Utama Kedua Kuching-Sarawak lengkapi jalan pesisir

[Copy link]
Post time 22-11-2021 01:54 PM | Show all posts |Read mode


Abang Johari (tiga kiri) selesai menyempurnakan pecah tanah Jambatan Sungai Sarawak, Sejingkat dan Jalan Utama Kedua Kuching-Samarahan. - Gambar Roystein Emmor

KUCHING: Projek pembinaan Jambatan Sungai Sarawak Sejingkat dan Jalan Utama Kedua Kuching-Samarahan akan melengkapi jaringan jalan raya pesisir.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata kerajaan negeri membelanja RM11 bilion bagi keseluruhan projek jalan raya pesisir termasuk pembinaan 14 buah jambatan.

Kerja-kerja pembinaan katanya mengambil masa tempoh enam tahun untuk disiapkan bermula sekarang hingga 2026.

“Apabila kita merancang jambatan dan jalan raya ini, kita lihat juga kesan kepada penduduk kawasan sekitarnya.

“Kawasan Samarahan ada universiti, Pusat Jantung, Taman Teknologi Tinggi dan terbaharu Pusat Penyelidikan Penyakit Berjangkit.

“Sebab itu kita bina jambatan dan jalan raya ini untuk hubungkan Sejingkat dengan Samarahan terus ke Sebuyau dan Sibu serta Miri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Jambatan Sungai Sarawak, Sejingkat dan Jalan Utama Kedua Kuching-Samarahan di tapak projek Sejingkat di sini hari ini.
Hadir sama Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Datuk Julaihi Narawi serta yang lain.

Tambah Abang Johari, jambatan ini telah diluluskan ketika pimpinan Allahyarham Ketua Menteri Pehin Sri Adenan Satem dan mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak namun dibatalkan di bawah kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH).

Atas sebab itu kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengambil alih projek ini menggunakan dana yang dikutip daripada cukai jualan negeri (SST) sebanyak 5 peratus yang dikenakan ke atas produk petroleum yang dikaut dari negeri ini.

Dalam tempoh tiga tahun ini sahaja katanya sebanyak RM7 bilion dikutip daripada cukai 5 peratus ini.

“Apabila saya dilantik sebagai ketua menteri, niat saya adalah untuk bangunkan seluruh Sarawak.

“Apabila mandat diberi kepada GPS kelak, saya ada cara untuk menambah kewangan dengan menubuhkan Dana Kekayaan Berdaulat.

“Ada orang kata Sarawak akan bankrap di bawah Abang Jo dalam masa tiga tahun, tetapi sehingga sekarang tidak bankrap sebaliknya kita bina jambatan lagi,” katanya.


utusanborneo.com.my/2021/11/21

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 06:57 AM GMT+8 , Processed in 0.059255 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list