CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1044|Reply: 0

[Sabah] 143 penduduk Kg Kinabutan Besar hilang tempat tinggal

[Copy link]
Post time 22-11-2021 01:26 PM | Show all posts |Read mode


OPERASI: Pasukan bomba menjalankan operasi memadam supaya api tidak merebak ke kawasan lain.

TAWAU: Kira-kira 143 orang penduduk kehilangan tempat tinggal selepas kediaman mereka musnah dalam kebakaran di Kampung (Kg) Kinabutan Besar, Batu 5 Jalan Apas, di sini pagi semalam.

Dalam kejadian jam 5.40 pagi itu, sebanyak 10 buah rumah dan enam kenderaan tidak dapat diselamatkan dan hangus terbakar.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.21 pagi.

“Seramai 16 anggota dan pegawai bersama empat aset termasuk dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau digerakkan ke lokasi kejadian.


“Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati api sedang marak dan memusnahkan 10 buah rumah jenis tidak kekal dan separuh kekal serta enam buah kenderaan, “ katanya dalam kenyataan medianya, di sini.

Menurutnya, pasukan bomba bertindak menjalankan operasi memadam dan menyelamat dengan menggunakan tiga pancutan daripada sungai berhampiran.

“Setakat ini kejadian tersebut hanya melibatkan kerosakan harta benda sahaja dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

“Kebakaran dapat dikawal kira-kira jam 6.50 pagi sebelum operasi berjaya ditamatkan pada jam 11.27 pagi,” katanya.

Katanya, siasatan akan dijalankan oleh pasukan bomba untuk mengetahui punca dan jumlah kerugian yang dialami mangsa.


utusanborneo.com.my/2021/11/22


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 06:58 AM GMT+8 , Processed in 0.119434 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list