View: 1044|Reply: 0
|
[Sabah]
Covid-19 21/11/2021
[Copy link]
|
|
Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 437 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 229,012 kes. Sebanyak dua (2) kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu masing-masing di daerah Tawau dan Beaufort. Bilangan kematian ini tidak semestinya berlaku dalam tempoh 24 jam. Ada kes kematian yang mengambil masa untuk verifikasi dan dilaporkan kemudian daripada tarikh sebenar. Takziah diucapkan kepada keluarga yang terlibat.
Bilangan pesakit COVID-19 sembuh ialah 522 (termasuk yang discaj dari hospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 218,072 orang. Manakala 1,650 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 641 orang di hospital, 994 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan 15 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara. Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 68 orang merangkumi 65 di ICU/repurposed kritikal care serta tiga (3) di open ward (HDW/kubikel akut) dan 24 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated). Manakala bilangan pesakit stage empat (4) dan lima (5) yang masih belum lengkap vaksin ialah 69 (33.5%).
Kedudukan Kes Positif COVID-19
a Jumlah kes harian bagi Sabah turun 108 kes berbanding semalam. Jumlah hari ini ialah 437 kes.
b Lebih banyak Daerah mencatatkan penurunan kes harian daripada daerah-daerah yang merekodkan pertambahan kes. Antaranya ialah Penampang (-10) kes, Papar (-11) kes, Kota Belud (-19) kes , Tenom (-12) kes dan Tuaran (-25) kes. Kota Kinabalu kekal penyumbang terbanyak kes baharu dengan 98 kes, tambahan 6 kes berbanding semalam. Kinabatangan menambah 17 kes baharu daripada Kluster Sawit Mania yang diisytiharkan hari ini.
c Adalah diperhatikan bahawa daerah-daerah yang sering mencatatkan jumlah kes harian yang tinggi juga mencatat jangkitan secara sporadik (kategori bergejala) dalam jumlah yang banyak. Sebagai misalan, 45 daripada 98 kes di Kota Kinabalu hari ini adalah kes-kes melalui Saringan Bergejala, 19 daripada 39 kes di Penampang, 23 daripada 38 di Kota Belud dan 13 daripada 26 di Ranau. Secara keseluruhan 46% atau 201 daripada 437 kes hari ini merupakan kes Saringan Bergejala yang berpunca daripada jangkitan secara sporadik.
d Amatlah penting bagi semua penduduk mematuhi SOP secara serius dan berdisiplin bagi mengelak daripada jangkitan khususnya apabila berada di tempat-tempat awam atau dalam perjumpaan secara berkumpulan. Seperti yang sering diperingatkan, vaksin tidak memberi perlindungan 100% daripada jangkitan walaupun sudah menerima vaksin yang lengkap. Ia hanya menyelamatkan kita daripada kesan serius akibat jangkitan COVID-19 yang boleh membawa maut. Sebagai langkah mempertingkatkan imuniti badan kita, amatlah digalakkan agar semua yang layak mendapatkan dos penggalak (booster dose) mengikut jadual.
e Jumlah pesakit yang mengalami kesan serius akibat jangkitan COVID-19 masih rendah. Dua orang pesakit dilaporkan dalam Kategori 3, satu pesakit dalam Kategori 4 dan tiga dalam Kategori 5. Sebanyak 420 orang daripada 437 pesakit hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2, yakni mereka yang tidak mengalami sebarang gejala atau sekadar gejala ringan. Seramai 11 pesakit lagi belum dikategorikan kerana masih dalam penilaian JKNS.
f Seluruh daerah di Negeri Sabah mencatatkan perubahan angka kes positif COVID-19 yang tidak statik dengan jumlah catatan sebanyak (188) kes daripada Saringan Kontak Rapat, dapat disimpulkan masih terdapat kebarangkalian tinggi berlakunya aktiviti ketidakpatuhan SOP yang telah digariskan sungguhpun pelbagai seruan dan saranan telah dilakukan oleh pihak Kerajaan.
Terdapat satu (1) kluster baharu direkodkan hari ini.
Kluster Sawit Mania - Kinabatangan adalah kluster jenis tempat kerja yang menular di Ladang Sawit Amalania, Kinabatangan. Kluster ini mula dikesan melalui ujian saringan RTK-Ag seorang lelaki tempatan, 59, pemandu lori di ladang berkenaan. Hasil saringan mendapati, kes indeks positif 100% dan telah dirujuk ke Hospital Kinabatangan untuk rawatan selanjutnya. Aktiviti persampelan kontak seterusnya mendapati, seramai 16 orang kontak sosial, pekerja dan tanggungan turut didapati positif COVID-19.
facebook.com/sabahcovid
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|