CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1262|Reply: 0

[Kedah] 1 lagi PPS dibuka di Kubang Pasu

[Copy link]
Post time 21-11-2021 10:24 PM | Show all posts |Read mode
Edited by kerisnaga at 21-11-2021 10:25 PM

1 lagi PPS dibuka di Kubang Pasu

Zuliaty Zulkiffli
[email protected]



Foto hiasan


Kubang Pasu: Satu lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah ini untuk menempatkan mangsa banjir sekali gus menjadikan dua pusat itu aktif setakat 8 malam hari ini.



Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Mejar (PA) Mohd Muaz Mohd Yusoff berkata, hanya PPS di di Dewan Kampung Lahar menempatkan 28 mangsa daripada enam keluarga buat masa ini.



Menurutnya, PPS di Dewan Kampung Tradisi Lembah Keriang yang dibuka pada 7 malam masih tiada mangsa ditempatkan di situ.



"Mangsa banjir di daerah ini masih kekal 28 orang daripada enam keluarga yang ditempatkan di satu daripada dua PPS yang aktif di daerah ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.



Sebelum ini, PPS Dewan Kampung Tradisi Lembah Keriang yang dibuka sejak Khamis lalu untuk menempatkan mangsa banjir namun ditutup kelmarin selepas kesemua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.



Bagaimanapun, PPS itu dibuka semula hari ini sebagai persiapan sekiranya ada mangsa banjir akan berpindah.



Hari ini dilaporkan hujan lebat melebihi dua jam pada 5.30 petang semalam menyebabkan beberapa kawasan di daerah ini terjejas akibat banjir kilat.

Disiarkan pada: November 21, 2021 @ 9:41pm


sumber


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 01:11 AM GMT+8 , Processed in 0.036518 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list