CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1724|Reply: 0

Waspada menjadi muflis di akhirat

[Copy link]
Post time 21-11-2021 09:47 PM | Show all posts |Read mode
Waspada menjadi muflis di akhirat


HIDUP bermasyarakat dengan saling menolong dan menghindari persengketaan adalah amat dituntut dalam ajaran Islam.

Sering kali kita melihat dalam media sosial orang mencaci, menghina dan memfitnah seolah-olah tiada rasa takut bahawa semua itu akan dipersoalkan oleh Allah SWT pada Hari Akhirat kelak. Oleh itu, berhati-hatilah agar kita tidak menjadi orang yang muflis di sana nanti.

Di dunia, orang muflis ialah orang yang tidak berupaya membayar hutang, yang disebut juga sebagai bankrap. Orang muflis biasanya tidak memiliki apa-apa harta kerana semuanya diambil sebagai tebusan bagi melunaskan hutangnya. Ini adalah menurut hukum dunia. Bayangkan pula jika harta tadi kita tukarkan dengan pahala. Maka, orang yang tidak memiliki apa-apa pahala lagi kerana semuanya diambil sebagai tebusan bagi dosanya juga dinamakan muflis.

Muflis di akhirat tentunya jauh lebih menyeksakan daripada muflis di dunia. Perbandingan ini disebutkan dalam sebuah hadis riwayat Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW pernah bertanya kepada sahabatnya: "Tahukah kamu sekalian, siapakah orang muflis itu?" Sahabat menjawab: "Orang muflis menurut kami ialah orang yang tidak memiliki wang dan harta benda." Rasulullah SAW membalas: "Sesungguhnya orang muflis daripada kalangan umatku ialah orang yang pada Hari Kiamat kelak datang dengan ibadah solat, puasa dan zakat, tetapi ia dahulu selalu mencaci maki orang ini, menfitnah orang itu, memakan harta orang ini, menumpahkan darah orang itu dan memukul orang ini. Maka, diberikan kepada setiap orang tadi daripada pahala kebaikannya. Sekiranya pahala kebaikannya sudah habis sebelum selesai ditunaikan semua tuntutan ke atasnya, akan diambil pula daripada dosa mereka, lalu dilemparkan pula ke atasnya. Kemudian akhirnya, dia akan dihumbankan ke neraka." Riwayat Muslim

Istilah muflis yang sedia difahami oleh sahabat RA digunakan oleh Rasulullah SAW untuk menggambarkan keadaan seseorang pada Hari Akhirat menerima nasib lebih teruk daripada muflis dunia, iaitu apabila pahala kebaikannya diambil orang sehingga habis tiada apa yang tinggal. Malah, itu pun belum dapat menyelesaikan semua tuntutan dan hak orang yang disakiti atau dizaliminya. Semua amal kebaikan yang dilakukannya semasa di dunia dahulu tidak lagi dapat menyelamatkannya daripada azab Allah SWT.

Justeru, agar kita tidak menjadi muflis di akhirat nanti, sewajarnya kita perlu sentiasa bermuhasabah diri daripada menzalimi atau menyakiti orang lain walaupun dalam hal yang kelihatan kecil dan remeh. Mendiamkan diri itu adalah lebih baik daripada menimbulkan apa-apa masalah kepada orang lain. Malah, dengan mendiamkan diri daripada melakukan sebarang keburukan adalah suatu amalan yang akan diganjari pahala. Ia adalah amalan yang paling mudah bagi setiap Muslim. Pernah seorang lelaki datang kepada Nabi SAW dan bertanya: "Wahai Rasulullah, manakah amal yang paling utama?" Baginda menjawab: "Beriman kepada Allah dan berjihad di jalan Allah." Dia bertanya lagi: "Bagaimana jika aku tidak mampu?" Baginda bersabda: "Tahanlah dirimu daripada melakukan keburukan, sesungguhnya itu adalah suatu sedekah yang engkau sedekahkan ke atas dirimu sendiri." Riwayat Ahmad

Maka, hendaklah kita memastikan diri kita tidak tersangkut di akhirat nanti dengan mana-mana hak orang lain. Sekiranya terlanjur melakukan kesalahan terhadap seseorang, segeralah memohon kemaafan daripadanya serta kembali bertaubat kepada Allah SWT. Bersihkanlah hati daripada sifat hasad dengki, cemburu, sombong, keras hati dan benci terhadap orang lain hanya disebabkan hal keduniaan kerana penyakit hati ini mampu mendorong kepada perbuatan ditegah oleh syarak. Ia adalah punca kepada banyak kerosakan yang berlaku dalam masyarakat manusia di dunia hari ini.

Tegasnya, kita perlu sentiasa bermuhasabah diri sebelum diri kita dihisab di akhirat kelak. Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang memiliki suatu kezaliman terhadap saudaranya, sama ada pada maruahnya atau pada sesuatu perkara maka hendaklah dia meminta dihalalkan pada hari ini, sebelum tidak bermanfaat lagi wang dinar mahupun dirham (pada Hari Kiamat kelak). Jika dia mempunyai amal soleh, akan diambil daripadanya menurut kadar kezalimannya. Jika dia tidak mempunyai kebaikan lagi, akan diambil pula daripada kejahatan sahabatnya, lalu dipikulkan ke atasnya." Riwayat al-Bukhari

Di akhirat, harta sudah tidak lagi bermanfaat kerana semua perbicaraan hutang piutang dijalankan menggunakan pertukaran amal, sama ada amal kebaikan atau amal kejahatannya. Maka, berhati-hatilah supaya pahala kita tidak berkurangan diambil orang atau kita nanti terpaksa pula memikul dosanya.

Ketua Unit Hadis di Institut Kajian Hadis & Akidah (Inhad), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis)

Sumber:https://www.hmetro.com.my/addin/ ... i-muflis-di-akhirat

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54993 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55522 Replies : 25
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 43345 Replies : 1687
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 49926 Replies : 1378
Air laut di Thailand penuh najis manusia
ultra78Air laut di Thailand penuh najis manusia
Views : 34062 Replies : 10
Nenek pun boleh....
maklukpenggodaNenek pun boleh....
Views : 10411 Replies : 16
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 109476 Replies : 1139
Skandal 18 polis yang memalukan Indonesia
maklukpenggodaSkandal 18 polis yang memalukan Indonesi
Views : 94030 Replies : 48
Berita malam seram:Viral isu Iblis, syaitan dan sekutunya bina HQ di tengah laut.”
YgBenarBerita malam seram:Viral isu Iblis, syai
Views : 30422 Replies : 52
'Syarikat insurans untung bilion, anehnya mahu naikkan premium hingga 70 peratus'
Abahmung'Syarikat insurans untung bilion, an
Views : 17926 Replies : 53

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 01:15 PM GMT+8 , Processed in 0.047231 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list