CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1089|Reply: 0

[Sarawak] PBB Jepak maklum dua pandangan berbeza berkaitan calon PRN12

[Copy link]
Post time 21-11-2021 12:43 PM | Show all posts |Read mode


BINTULU: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Jepak mengambil kira dua pandangan berbeza ranting-ranting parti itu berkaitan calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) ini.

Ketua Penerangan PBB Cawangan Jepak Othman Mat (gambar) berkata, dua pandangan itu adalah ada yang mahukan penyandang kerusi berkenaan Datuk Talib Zulpilip mengundur diri dan ada yang mahu menyerahkan keputusan itu kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sebagai Presiden PBB dan Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk menentunya.

Beliau berkata, sekiranya Ketua Menteri memberi kata putus untuk mengekalkan penyandang, maka mereka akan terus bersamanya.

"Seperti yang diperkatakan oleh Datuk Talib sendiri 'Biduk berlalu, kiambang bertaut', maknanya biduk berlalu masing-masing kiambang membawa diri tetapi setelah lepas, kita kembali semula demi GPS dan PBB.

"Itu yang paling penting, apa-apa pun kita tunggu kata putus daripada Ketua Menteri bahkan Datuk (Talib) sendiri turut menyata demikian," katanya ketika ditemui media selepas Sesi Perjumpaan Khas dengan ketua-ketua, ahli-ahli cawangan dan ranting PBB Jepak di sebuah hotel terkemuka di sini petang semalam.

Berkenaan tarikh pengumuman senarai calon kata Othman, mungkin Ketua Menteri akan memberi bayangan semasa perasmian pembangunan semula bandar Bintulu di Jepak Selasa ini ataupun dua tiga hari sebelum penamaan calon.

Bagaimanapun, tegasnya, beliau kurang pasti bila ia akan diumumkan.

"Kalau tidak dicalon semula oleh Ketua Menteri sudah tentu kita telah sepakat, apa saja keputusan dari Ketua Menteri sama ada kekal ataupun diganti kita akan tetap beri sokongan demi GPS dan PBB.

"Pandangan majoriti ahli PBB itu juga pandangan kita mengenai calon tempatan PBB Jepak tetapi buat masa ini kita masih yakin Datuk Talib kekal," katanya lagi.
Tambahnya, sekiranya Ketua Menteri memberi kata putus mengekalkan penyandang sedia ada, maka Ketua Kenteri masih percaya akan keupayaan Datuk Talib menjalankan tugas-tugas sama ada di kementerian ataupun wakil rakyat untuk satu penggal lagi.

Pada masa sama beliau memberitahu, dalam mesyuarat (sesi perjumpaan khas) itu, mereka yang hadir diberi peluang untuk menyatakan pendapat serta pandangan peribadi.
Katanya, sebahagian ketua ranting atau ketua cawangan sama-sama memberi pandangan, ada yang memohon Datuk Talib mengundur diri atas sebab-sebab kesihatan dan umur.

Selain itu, jelasnya ada juga ketua-ketua ranting dan ahli jawatankuasa cawangan masih mahu mengekalkan Datuk Talib sebab mahu kesinambungan tugas-tugas yang
dilaksana belum selesai terutama isu-isu tanah.

"Kita masih ada beberapa saki-baki berkaitan isu tuntutan tanah dan saya juga ada memberi pendapat bukannya isu itu terbengkalai tetapi status tanah itu
sendiri yang belum sahih menurut Jabatan Tanah dan Survei (JTS)," katanya.

Othman berkata, banyak kejayaan Datuk Talib dalam menangani isu tanah yang mungkin orang tidak nampak seperti isu-isu tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) yang telah banyak disukat dan diwartakan sejak 2013.

"Yang terbaharu sekali adalah penyukatan lot-lot tepi sungai dari Kampung Sinong hingga ke Kampung Baru Laut melibatkan enam buah kampung seterusnya tambahan empat buah kampung di Jepak maka kesemuanya 10 kampung tepi sungai berjaya disukat.

"Namun yang belum berjaya disukat bukan bermakna kita gagal sebaliknya ia mengambil masa, sebabnya tanah itu dikategori dalam tanah kerajaan (state land) oleh JTS yang memerlukan masa dalam menentukan haknya.

"Insya-Allah Datuk akan terus berjuang supaya hak-hak itu sekiranya tidak dikembali pun mereka mesti menerima pampasan atau ex-gratia dan sebagainya," jelasnya.


utusanborneo.com.my/2021/11/21


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 07:07 AM GMT+8 , Processed in 0.034797 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list