CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1047|Reply: 0

[Sabah] Matta sambut baik keputusan kerajaan negeri

[Copy link]
Post time 21-11-2021 10:24 AM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR: Pengusaha industri pelancongan memuji keputusan kerajaan negeri untuk melonggarkan keperluan ujian COVID-19 bagi pengunjung yang  lengkap vaksin datang ke Sabah.

Presiden Matta Datuk Tan Kok Liang berkata, pengumuman itu tepat pada waktunya bagi meningkatlam semulaa semangat pengusaha pelancongan dalam memasarkan Sabah sebagai pilihan destinasi percutian sepanjang tempoh pameran Matta.

"Pastinya, pengusaha produk pengembaraan dan pelancong pasti mengalu-alukan perkembangan ini.

"Ia sangat baik untuk sektor pelancongan dan ia akan mewujudkan kesan sampingan baik dalam ekonomi dengan sektor perhotelan, sektor pengangkutan, dan restoran dipenuhi pengunjung," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Dengan pembukaan semula sempadan antarabangsa, Tan berkata industri pelancongan berharap lebih banyak laluan bagi Orang Sudah Divaksinasi (VTL) dilaksanakan dengan negara lain bagi mengalu-alukan kemasukan pelancong asing.

"Negara Singapura sudah mempunyai pengaturan VTL dengan 15 negara dan akan menambah enam negara lagi (termasuk negara dari Asia, Eropah, Timur Tengah dan Amerika Utara) dalam senarai menjelang 6 Disember 2021.

"Oleh itu, kami menggesa kerajaan untuk segera mewujudkan lebih banyak VTL atau Gelembung Pelancongan untuk menarik permintaan, terutamanya ketika musim cuti akan datang.

"Selain Langkawi, destinasi pelancongan popular lain seperti Kota Kinabalu dan Pulau Pinang, tidak boleh diabaikan selain," katanya.


utusanborneo.com.my/2021/11/21

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 06:58 AM GMT+8 , Processed in 0.062977 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list