CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1265|Reply: 0

[Sarawak] Pustaka Negeri wujudkan Sudut Bacaan Komuniti Penan-Muslim di Bintulu

[Copy link]
Post time 21-11-2021 12:06 AM | Show all posts |Read mode


BINTULU: Sudut Bacaan Komuniti Kampung Penan-Muslim Batu 10, di sini dilihat sebagai satu inisiatif dalam membudayakan amalan membaca dalam kalangan masyarakat kampung berkenaan.

Penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) Samalaju Datuk Majang Renggi berkata, ia adalah yang pertama dilaksanakan oleh Pustaka Negeri Sarawak di Bintulu.

Beliau yakin ia dapat menyemarakkan keseronokan membaca dalam kalangan penduduk setempat termasuk kampung berdekatan.

Menurutnya, kerajaan Negeri amat menggalakkan dan menyokong dalam usaha memupuk budaya membaca di kalangan masyarakat tempatan.

“Usaha tersebut dapat dilihat pada hari ini, iaitu alat-alat pembacaan, kemudahan serta bahan bacaan yang diperlukan oleh komuniti dan boleh digunakan oleh anak-anak bersama ibu bapa mereka.

“Ia secara tidak langsung meningkatkan kadar celik huruf di dalam negara,” ujarnya ketika merasmikan Sudut Bacaan Komuniti Kampung Penan-Muslim Batu 10 bertempat di balai raya kampung berkenaan, hari ini.

Hadir sama, Ahli Lembaga Pengurusan Pustaka Negeri Sarawak Datuk William Patrick Nyigor, Pengurus Pustaka Negeri Sarawak Wilayah Miri Razak Rambili, Ketua Sektor Perkhidmatan Perpustakaan Pustaka Negeri Sarawak, Salina Zawawi dan Ketua Kaum Kampung Penan-Muslim Batu 10, Raini Piee


by Suaraswk
November 20, 2021


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 07:15 AM GMT+8 , Processed in 0.038544 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list